- i-Saraan ialah satu skim caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2025, bertujuan membantu individu yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membuat simpanan bagi persaraan.
- Melalui skim ini, pencarum berpeluang menerima insentif khas daripada Kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
- i-Saraan amat sesuai untuk golongan seperti pekerja sektor ekonomi gig, peniaga kecil, petani, nelayan dan mereka yang tidak dilindungi oleh caruman KWSP secara konvensional.
- Kadar Insentif Khas Kerajaan bagi program i-Saraan telah dinaikkan kepada 20% bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya pekerja tidak formal, untuk mula menyimpan demi kehidupan persaraan yang lebih sejahtera. Namun begitu, had maksimum insentif tahunan kekal sebanyak RM500 setahun, dan RM5,000 seumur hidup atau sehingga mencapai usia 60 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu bagi setiap individu.
- Faedah Caruman i-Saraan:
Faedah | Perkara |
---|
Insentif Khas | Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa* |
Pelepasan Cukai | Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN |
Dividen Tahunan | Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan |
Bantuan Kematian | Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP |
*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
- Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan terus ke akaun ahli KWSP. Sila rujuk ilustrasi di bawah:
Akaun Persaraan | Bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun |
Akaun Emas | Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun |
i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan klik di sini
i. Telah mendaftar sebagai ahli KWSP; ii. Warganegara Malaysia; iii. Belum mencapai umur 60 tahun; dan iv. Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig |
- Bagi membolehkan ahli menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun di bawah i-Saraan. Rujuk ilustrasi di bawah:
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Bagi Tahun Semasa | Amaun Tahunan Insentif Khas |
Ahmad | RM1,000 | Rm200 |
Baba | RM2,500 | RM500 |
Kevin | RM5,000 | RM500 |
- Had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah insentif tahunan yang terkumpul, dan terhad kepada RM5,000 atau apabila ahli mencapai umur 60 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu. Sebagai contoh, Abu mula mencarum di bawah i-Saraan dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024 hingga 2025. Sila rujuk ilustrasi di bawah:
Tahun | Amaun Tahunan Insentif Khas |
2024 | RM500 |
2025 | RM500 |
- Jumlah Insentif Khas yang terkumpul adalah RM1,000.
- Jumlah Insentif Khas i-Saraan yang masih layak untuk terima adalah RM4,000 (RM5,000 - RM1,000).
KWSP i-Akaun* | - Sila klik di sini untuk Pendaftaran i‑Saraan melalui Aplikasi KWSP i-Akaun
|
Laman Web KWSP | - Sila klik di sini untuk Pendaftaran i-Saraan melalui Portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian
|
Self Service Terminal (SST)* | - Sila klik di sini untuk maklumat mengenai lokasi dan waktu operasi SST
- Sediakan MyKad
|
Pejabat KWSP | - Sila klik di sini untuk borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan / i-Suri KWSP 16G (M).
- Sediakan MyKad
|
Aplikasi Mudah Alih | - Sila klik di sini untuk pembayaran secara elektronik melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun
|
Perbankan Internet | |
Ejen Bank Berdaftar | - Sila klik di sini untuk pembayaran secara elektronik tunai melalui Ejen Bank (EB) BSN
|
Kaunter Ejen Bank | Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2). Sila klik di sini untuk Borang KWSP 6A (2) Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank: i. Bayaran hendaklah dibuat kepada KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ii. Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang
|
Pejabat KWSP | Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2). Sila klik di sini untuk Borang KWSP 6A (2) Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank: i. Bayaran hendaklah dibuat kepada KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ii. Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang
|
Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) | - Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit
- Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar
Nota: Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan |
Self-Service Terminal (SST) | - Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di Pejabat KWSP yang terpilih. Sila klik di sini untuk lokasi SST.
|
- Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ)