Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
iii. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan]. layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
iv. Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
v. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.