Program pembelian rumah di atas tanah wakaf bagi penjawat awam
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan dana bagi penjawat awam untuk membeli rumah di atas tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Khas Kewangan - Penjawat Awam
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam kerajaan. 

 

  • RM500 diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak.

 

  • Pembayaran BKK dijadualkan pada 25 Februari 2025

 

  • Bantuan ini akan disalurkan bersama dengan pembayaran gaji bulan Februari. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling JPA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kesejahteraan Penjawat Awam - Penambahbaikan Skim Ex Gratia Bencana Kerja
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 13/05/2025

  • Skim Ex Gratia Bencana Kerja ditambahbaik meliputi perkara-perkara seperti pewujudan bayaran bagi kes kemalangan semasa bertugas dalam operasi, kes kematian bencana kerja, kadar elaun layanan sentiasa, pewujudan bayaran hilang upaya sementara dan peluasan skop liputan.

 

  • Skim Ex Gratia Bencana Kerja ditambahbaik meliputi perkara-perkara berikut:

    i. Bayaran one-off sehingga RM50,000 kepada anggota Pasukan Keselamatan dan Agensi Penguatkuasaan yang mengalami Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan semasa bertugas dalam operasi​

    ii. Waris pegawai yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran tambahan one-off sebanyak RM20,000

    iii. Kadar Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dinaikkan sebanyak 200%, daripada RM500/bulan kepada RM1,500/bulan, kepada pegawai yang memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat Hilang Upaya Kekal 100%​

    iv. Pegawai yang mendapat Cuti Sakit Lanjutan (CSL) akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran RM25/hari.

    v. Skim ini kini meliputi perlindungan kepada pegawai yang diarahkan menghadiri janji temu kesihatan di hospital/fasiliti kesihatan dalam waktu bekerja​

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia atau Whatsapp Channel Skim Ex Gratia

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda