Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan
Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Syarat Kelayakan:
i. Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
ii. Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
iii. Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
Salinan penyata gaji
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
Salinan penyata gaji suami/isteri
Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
i) Program Sokongan Pemulihan Pembelajaran
Program ini mensasarkan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 yang berada di dalam kelas pemulihan khas dan belum menguasai kemahiran asas 3M. Program ini melibatkan beberapa intervensi utama seperti literasi dan numerasi, pembinaan kompetensi guru, pemberian bahan bantu mengajar dan geran kecil. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid tidak menguasai kepada menguasai. Pengukuran perkembangan murid adalah berdasarkan kemahiran pemulihan khas.
ii) Program SPM 2024 dan 2025
Calon SPM 2024 dalam kategori berisiko cicir akan menyertai program pecutan SPM berfokus kepada mata pelajaran wajib lulus (BM dan Sejarah) dan subjek wajib bagi kemasukan univeristi (Matematik), manakala calon SPM 2025 dalam kategori berisiko cicir akan menyertai program khas peningkatan pencapaian bagi mata pelajaran wajib lulus SPM, program peningkatan keyakinan murid dan program hala tuju selepas SPM. Program ini akan dilaksanakan melalui kelas "Hybrid" di makmal komputer sekolah menggunakan komputer/ tablet bagi Pecutan SPM 2024 dan Tuisyen SPM 2025.
iii) Program Intervensi dan Sokongan Murid Cicir
Bil | Program | Bentuk Bantuan |
1 | Program sokongan pemulihan pembelajaran |
|
2 | Program SPM 2024 dan 2025 |
|
3 | Program intervensi dan sokongan murid tercicir |
|
Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025
Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak.
ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM) | UMUR |
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun;
iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
v. Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
vi. Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; dan
vii. Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.
Nota: Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran dan perubahan kadar BKK adalah hanya berlaku semasa proses kaji semula
Terakhir dikemas kini pada 10/06/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak seperti berikut: