Terakhir dikemas kini pada 23/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau klik di sini untuk merujuk garis panduan
Syarat Kelayakan:
i. Ibu Bapa / Penjaga
Contoh pengiraan pendapatan Perkapita:
RM18,000 Pendapatan isi rumah (Ibu RM3,000 + bapa RM4,000 + pendapatan anak RM1,500) ÷ Bilangan isi rumah (5 orang) | RM8,500 ÷ 5 = RM1,700 (layak menerima subsidi) |
Kaedah Permohonan:
i. Ibu bapa isi borang permohonan
ii. Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
iii. Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme isi borang, mengumpul borang permohonan ibu bapa dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan / Cawangan berhampiran
iv. Menunggu proses kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Terakhir dikemas kini pada 08/08/2025
Nota: Pelaksanaan adalah tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan terkini Kerajaan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sila klik di sini atau klik di sini untuk ketahui cara memohon Program Daya Kerjaya 3.0
Syarat Kelayakan:
i. Majikan hendaklah telah berdaar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
ii. Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
iii. Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs.
iv. Majikan digalakkan mengambil calon pekerja dari senarai yang berdaar dalam Portal MYFutureJobs. Sekiranya majikan mengambil calon pekerja selain dari senarai yang berdaar dalam Portal MYFutureJobs, majikan hendaklah memastikan agar pekerja yang diambil tersebut kemudiannya berdaar dengan Portal MYFutureJobs.
v. Pekerja hendaklah berdaar dan melengkapkan profil di Portal MyFutureJobs (Medan nama, nombor kad pengenalan, alamat, tahap pendidikan dan pengalaman kerja). Majikan digalakkan membayar gaji seperti yang diiklankan di dalam Portal MYFutureJobs dan kadar gaji adalah mengikut kadar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan.
vi. Majikan hendaklah mengemaskini tarikh berhenti kerja selewat-lewatnya 15 hari bulan pada bulan berikutnya di Portal Kerjaya MADANI - Daya Kerjaya 3.0 atau Portal ASSIST sekiranya berlaku perubahan status pekerja.
vii. Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja selaras dengan Akta Kerja 1955 dan peraturan di bawahnya.
viii. Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dengan niat untuk menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau pekerja yang baharu bagi tujuan permohonan Program Daya Kerjaya 3.0 diluluskan.
Tidak layak:
i. Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contract for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan utama. Walau bagaimanapun, Agensi Pekerjaan atau Syarikat Penyumberan Luar yang bertindak sebagai majikan utama, yang melaksanakan pembayaran gaji dan caruman pekerjanya adalah layak untuk membuat permohonan bagi insentif ini.
ii. Majikan yang TIDAK berdaftar atau mencarum dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
iii. Majikan atau perusahaan yang TIDAK berdaar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
iv. Pekerja yang sedang menerima Insentif Penggajian Pekerja (Program Daya Kerjaya) bagi golongan mudah terjejas seperti OKU, warga emas, bekas banduan dan pesara di bawah Belanjawan 2024.
v. Golongan yang tidak tergolong daripada kumpulan bersasar (soalan 4).
vi. Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik dan anak yang diambil sebagai pekerja.
vii. Pekerja selain daripada pekerja berstatus warganegara, pemastautin tetap atau pemastautin sementara.
viii. Pekerja yang telah diberhentikan kerja atau berhenti kerja secara sukarela selepas menyertai program ini bagi tuntutan seterusnya.
ix. Pekerja yang telah berhenti / diberhentikan kerja dengan majikan yang memohon sebelum permohonan ini dibuat.
x. Pemilik perniagaan yang memohon untuk dirinya sendiri.
xi. Semua pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri atau individu yang tidak mempunyai majikan.
Kategori Kelayakan | Dokumen / Maklumat Pengesahan |
Orang kurang upaya (OKU) / Peserta Return to Work (RTW) di bawah PERKESO |
|
Orang diparol (ODP) / Orang bebas berlesen (OBB) / Penghuni bebas lesen (PBL) / Bekas banduan |
|
Dokumen yang diperlukan oleh majikan untuk membuat permohonan Program Dana Kerjaya 3.0:
i. Salinan akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank).
ii. Salinan nombor pendaaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh pihak Bank (Business Registration Number - BRN).
iii. Salinan pendaaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
iv. Salinan kad pengenalan pekerja (Depan dan Belakang).
v. Salinan kontrak pekerjaan pekerja dimohon di bawah program ini.
vi. Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja dan majikan.
vii. Bagi majikan sedia ada yang pernah memohon Insentif Penggajian sebelum ini yang telah diluluskan, rekod dokumen terdahulu akan disimpan secara automatik dalam Portal Kerjaya MADANI (Daya Kerjaya - Skim Galakan Sokongan Pekerjaan Golongan Rentan oleh Majikan). Walau bagaimanapun, majikan perlu mengemukakan dokumen tambahan yang berkaitan sekiranya diminta oleh PERKESO.
Nota: PERKESO berhak meminta sebarang dokumen pembuktian berkaitan sekiranya perlu. Rekod dan dokumen yang digunakan dalam permohonan ini hendaklah disimpan oleh majikan sekurang-kurangnya selama 3 tahun untuk rujukan dan semakan PERKESO
Semakan status permohonan:
i. Sila klik di sini untuk semakan status permohonan secara dalam talian di Portal Kerjaya MADANI melalui laman sesawang
ii. PERKESO juga akan memaklumkan keputusan permohonan melalui medium yang telah berdaar di program ini.
Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025
Perkara | Penerangan |
---|---|
Skop Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan/Cagaran |
|
Kadar Keuntungan |
|
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara dan Bumiputera
ii. Berumur 18-60 tahun
iii. Mempunyai kad OKU
iv. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
v. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
vi. Mempunyai premis perniagaan
vii. Mempunyai Lesen / Permit / Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
viii. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
ix. Perniagaan yang belum beroperasi tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan
xi. Perniagaan patuh Syariah
xii. Bebas dari senarai hitam MARA
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk katalog SSM
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Madani Sinar merupakan sebuah kemudahan pembiayaan atau pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan yang merupakan bekas banduan, bekas pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelatih PERKESO yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.
Ciri-ciri | Penerangan |
Tujuan Pinjaman |
|
Tempoh pinjaman |
|
Amaun pinjaman |
|
Kadar tetap |
|
Kelayakan:
Langkah 3: Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ Cawangan utama nnegeri BSN atau lakukan permohonan secara atas talian di pautan ini . Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan
Sila rujuk Panduan pengguna untuk permohonan atas talian atau Hubungi Credit Supervisory Team pelaksana untuk maklumat lanjut bagi permohonan
Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan;
iii. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber); ATAU
vi. Kes-kes yang melebihi pendapatan RM1,700 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota: Pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran
i. Salinan MyKad pemohon; ii. Salinan kad OKU / slip pendaftaran daripada majikan; atau iii. Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau iv. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri); v. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat); vi. Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan vii. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu) |
Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
i. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan JKM 18
ii. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20
iii. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Pendaftaran OKU
Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025
Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh PRASARANA.
i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.
ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
iii. Kuantan: Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah
Dokumen yang diperlukan:
i. MyKad / MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go
|
|
|
Nota: My50 hanya boleh digunakan dengan MyKad dan MyTentera sahaja. Untuk Rapid Penang, My50 hanya boleh dibeli melalui Pas Mutiara My50
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Program Pemulihan Komuniti (PDK) adalah satu program pemulihan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di bawah Belanjawan 2025 dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; ii. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar; atau iii. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau iv. Sekiranya OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan v. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan; ATAU vi. Kes-kes yang melebihi had pendapatan isi rumah RM5,000 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Seorang penjaga boleh menjaga lebih dari seorang OKU terlantar / pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar. Kadar bantuan adalah bergantung kepada bilangan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar yang dijaga oleh seorang penjaga.
|