Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 21/03/2025

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah inisiatif di bawah Payung Rahmah, dikendalikan oleh LHDNM melalui Belanjawan 2025 untuk membantu golongan kurang berkemampuan mengatasi cabaran kos sara hidup. 

  • Permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun 

  • Pembayaran STR adalah seperti berikut:

Bil.

Fasa

Tarikh & Kaedah Pembayaran

1

Fasa 1

  • Secara berperingkat bermula pada 22 - 28 Januari 2025 (Mempunyai akaun bank)
  • Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 22 Januari 2025 (Tiada akaun bank)

 2

Fasa 2

  • Secara berperingkat bermula pada 24 Mac 2025 (Mempunyai akaun bank)
  • Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 24 Mac 2025 (Tiada akaun bank)

3

Fasa 3

Tarikh agihan dan kaedah bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa

4

Fasa 4

Tarikh agihan dan kaedah bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa

Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
National Fund of Funds (NFOF)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program fund-of-funds untuk menyokong pengurus dana modal teroka bagi pembiayaan syarikat pemula
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPG
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Meningkatkan Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru kepada RM530
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Perintis (KWAP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Dana Perintis menyokong aktiviti syarikat mula niaga dan modal teroka tempatan melalui pelaburan langsung dan tidak langsung
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Khas Kewangan - Pesara
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada pesara kerajaan. 

     

  • RM250 diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim KWSP yang bersara mengikut umur persaraan wajib, pesara bersara pilihan yang belum menerima pencen, veteran berpencen, dan veteran tidak berpencen

     

  • Pembayaran BKK dijadualkan pada 25 Februari 2025

     

  • Bantuan ini akan disalurkan bersama dengan pembayaran gaji bulan Februari. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling JPA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Khas Kewangan - Penjawat Awam
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam kerajaan. 

 

  • RM500 diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak.

 

  • Pembayaran BKK dijadualkan pada 25 Februari 2025

 

  • Bantuan ini akan disalurkan bersama dengan pembayaran gaji bulan Februari. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling JPA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya (OKU) untuk terus bekerja, serta membantu mereka hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. 

 

  • Kadar bayaran bagi EPOKU adalah RM450 sebulan bagi setiap penerima.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Am (BA) Persekutuan
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025

  • Bantuan Am Persekutuan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
  • Kadar bayaran bagi Bantuan Am Persekutuan adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu. 

    ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.

 

Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kecil Persekutuan (BKP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 21/04/2025

  • Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah satu skim biasiswa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid daripada golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah

 

  • Kadar bayaran Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
  • Tingkatan 1 hingga 4 dan Tahun 1 KV
  • RM70.00 sebulan x 12 bulan
  • Tingkatan 5 dan Tahun 1 KV
  • RM70.00 sebulan x 11 bulan
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains)
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains)
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera)
  • RM110.00 sebulan x 7 bulan
  • RM110.00 sebulan x 11 bulan
  • RM90.00 sebulan x 7 bulan
  • RM90.00 sebulan x 11 bulan

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Warga Emas (BWE)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025

  • Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan mencapai kesejahteraan hidup. 

  • Kadar bayaran bagi BWE adalah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap penerima.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda