MADANI Industri Desa
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/05/2025

  • MADANI Industri desa merupakan skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan desa bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)

  • Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

  • Ciri-CiriPenerangan 
    Jumlah Pembiayaan
    • RM2,000 - RM100,000
    Tempoh Pembiayaan
    •  1 tahun hingga 7 tahun
    Kadar Pembiayaan
    • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
  • Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi MADANI Industri Desa

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan mikro yang eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Skim Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) adalah sebuah skim pembiayaan tanpa cagaran di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bagi usahawan mikro eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina bertujuan untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

Perkara 

Keterangan 

Tujuan Pinjaman 
  • Modal Kerja / Pembelian Aset / Ubahsuai Premis Perniagaan 
Jumlah Pinjaman 
  • RM5,000 hingga RM50,000 
Tempoh Pinjaman 
  • 6 bulan hingga 5 tahun 
Jenis Sektor Perniagaan 
  • Peruncitan dan Pemborong / Pembuatan / Perkhidmatan

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi BSN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Tekun Niaga
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Skim Pembiayaan Tekun Niaga adalah skim pembiayaan yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi usahawan bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan. 
  • Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh. Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai. 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

Perkara Penerangan 

Jumlah Pinjaman:  

Skim Pembiayaan Kecil (SPK)

Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)

 

>RM 10,000 - RM 50,000

>RM 50,000 - RM 100,00

Tempoh Bayaran Balik: 

Skim Pembiayaan Kecil (SPK)

Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)

 

Sehingga 5 tahun

Sehingga 10 tahun

Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun 
Simpanan wajib 5% setahun 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda

Rencana

Rencana Cover Img
09 Okt, 2024
Usahawan Tempatan Terus Disokong SJPP dan Pelbagai Inisiatif Pembiayaan

Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) terus memainkan peranan penting dalam membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia mengakses pembiayaan, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

SJPP, yang diuruskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad, menawarkan jaminan kerajaan bagi memudahkan PKS mendapatkan pembiayaan untuk operasi, pengembangan, pembelian aset, dan peningkatan modal kerja. Sehingga 31 Ogos 2024, skim ini telah meluluskan pembiayaan bernilai RM12.55 bilion kepada 11,583 usahawan dengan RM20 bilion diperuntukkan secara keseluruhan.

Kejayaan Bayu Somerset dengan SJPP

Menurut Emir Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Somerset Sdn Bhd, pembiayaan bernilai RM1.4 juta daripada SME Bank melalui SJPP telah membuka peluang bagi syarikatnya mengembangkan jenama fesyen modest tersebut.

“Dengan dana ini, kami dapat membeli stok, memperluas produk, dan membuka cawangan baru. Hasilnya, perniagaan kami berkembang 199%,” katanya.

Emir berharap SJPP akan terus menyokong usahawan lain, kerana inisiatif ini bukan sahaja membantu syarikatnya tetapi turut memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Bantuan Pembiayaan Melalui BSN Mikro-i Madani

Selain SJPP, BSN Mikro-i Madani Nita dan Madani Belia turut membantu usahawan mikro mengatasi cabaran modal perniagaan.

Mohd Kamal Mahmood, pengasas De Doorgift House, berkongsi bahawa bantuan RM50,000 daripada BSN membantu syarikatnya menyediakan modal pusingan bagi membekalkan produk kepada syarikat korporat.

“Proses permohonan lebih mudah dan cepat berbanding bank konvensional. Pembiayaan ini memberi ruang untuk syarikat mencatatkan peningkatan jualan tahunan sekitar 30%,” jelasnya.

Siti Nurul Atiqah Arifin, pengusaha Doyok Motor Services, turut meraih manfaat dengan mendapatkan pembiayaan maksimum RM50,000. Wang tersebut digunakan untuk melabur semula dalam perniagaannya dan memperluas perkhidmatan di bengkel motosikal di Kuala Klawang.

“Kami dapat menambah stok dan produk baru, menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan kepercayaan mereka,” katanya.

Sokongan Berterusan Kepada Usahawan Muda

Usahawan muda seperti Ain Nadia Kasikin, yang berniaga di gerai makanan di Econsave Tampin, Negeri Sembilan, juga mendapat manfaat melalui pembiayaan BSN Mikro-i Madani Belia. Dengan sokongan ini, Ain berjaya meningkatkan pengeluaran dan memperluas operasinya.

“Pembiayaan ini sangat penting bagi usahawan kecil seperti saya. Selain modal, latihan keusahawanan juga diperlukan untuk membantu kami menguruskan perniagaan secara lebih sistematik,” katanya.

Pemangkin Pertumbuhan PKS dan Ekonomi Negara

SJPP dan pelbagai inisiatif pembiayaan lain seperti BSN Mikro-i Madani menjadi kunci kejayaan ramai usahawan di Malaysia. Dengan akses mudah kepada modal dan bimbingan, PKS berpotensi berkembang lebih jauh, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

Usaha kerajaan ini memastikan lebih banyak perniagaan mikro dan PKS mampu menghadapi cabaran, berkembang pesat, dan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas untuk masyarakat.

Sumber Berita Penuh: Harian Metro

MADANI Mula Niaga
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/05/2025

  • MADANI Mula Niaga merupakan skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan secara formal bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)

  • Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

  • Ciri-CiriPenerangan 
    Jumlah Pembiayaan
    • RM2,000 - RM20,000
    Tempoh Pembiayaan
    •  1 tahun hingga 3 tahun
    Kadar Pembiayaan
    • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
  • Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi MADANI Mula Niaga

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
MySMELady 2.0
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Skim pembiayaan bagi usahawan PMKS wanita untuk meningkatkan perniagaan ke tahap lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
CIP SPRINT
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • CIP SPRINT merupakan sebuah pembiayaan dalam bentuk geran bersyarat yang disediakan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk syarikat Sdn. Bhd bertujuan membantu mereka membiayai usaha perniagaan berasaskan teknologi mereka.
  • Sekurang-kurangnya 60% daripada pembiayaan adalah untuk perbelanjaan pengkormersilan & maksimum 40% untuk perbelanjaan lain seperti pembangunan produk dan/ atau penambahbaikan
  • Tempoh pembiayaan adalah sehingga lapan belas (18) bulan.
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman rasmi CIP SPRINT.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
MARA Integrated Smart Auto (MISA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan memberi peluang kepada usahawan Bumiputera dalam bidang automotif, khususnya yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part), serta membantu menaik taraf bengkel sedia ada kepada skala yang lebih besar.

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

Perkara

Penerangan

Skop Pembiayaan
  • Modal pusingan 
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis / Bengkel
Had Pembiayaan
  • RM1,000,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan atau Cagaran
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dimohon;

     

    atau

     

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dimohon;

     

    atau

     

  • Gabungan kedua-duanya sekali 
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

 

Kadar Keuntungan 
  • 2% (Kadar Tetap)

 

  • Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi MARA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda