Geran Digital PMKS MADANI
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025

  • Geran Digital PMKS MADANI adalah geran daripada kerajaan Malaysia untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) menggunakan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing perniagaan. 
  • Geran ini menyokong perniagaan dalam melanggan perkhidmatan digital seperti pembayaran digital, pemasaran dalam talian, dan pengurusan inventori. 
  • Penjaja yang telah menerima geran ini tidak layak untuk menerima Geran Digital Penjaja MADANI.
  • Geran ini meliputi 50% daripada jumlah invois atau terhad sehingga RM5,000.00 untuk setiap PMKS atau koperasi yang layak.
  • Pelbagai penyelesaian pendigitalan inovatif untuk memperkukuh perniagaan, seperti berikut:
Pemasaran Digital / PenjualanTingkatkan capaian dan jualan melalui stratergi dalam talian bersasar
Sistem Pembayaran Digital / e-POSPermudahkan proses pembayaran dan penjualan dengan selamat dan cepat
Sistem Pengurusan Gaji HR / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)Automasikan gaji dan hubungan pelanggan untuk pertumbuhan perniagaan
Perancangan Sumber Perusahaan (ERT) / Perakaunan & Percukaian Permudahkan pengurusan kewangan dengan maklumat secara lansung
Tandatangan DigitalMemastikan keaslian dokumen dengan tanda tangan digital yang diiktiraf secara sah
IoT / Sistem PintarTingkatkan kecekapan operasi dengan teknologi pintar
Keselamatan SiberLindungi aset dan maklumat digital dengan sistem keselamatan yang terjamin

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Funding Societies

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BUDI MySubsidi Diesel
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • BUDI MySubsidi Diesel merupakan subsidi yang dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan dalam masa yang sama untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat. 
  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) telah dilaksana secara Projek Rintis pada 1 Febuari 2024 dan diperluaskan ke fasa kedua bermula 7 Mac 2024 
  • 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan Fleet Card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) biarpun harga Baharu diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter

 

10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Awam
  • Bas Sekolah 
  • Bas Ekspres 
  • Bas Henti-Henti 
  • Bas Mini 
  • Bas Pengantara 
  • Kereta Sewa 
  • Teksi 
  • Van dan Lori Mayat 
  • Ambulans 
  • Kereta Bomba
9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan
  • Lori Rigid - Kargo Am Penggerak Utama 
  • Lori Rigid - Lutoh / Kotak
  • Lori Rigid - Tangki Air
  • Lori Rigid - Minuman Botol 
  • Lori Rigid - Refrigerated 
  • Lori Rigid - Tangki Tepung 
  • Window Van 
  • Panel Van
14 Jenis Pertambahan Kenderaan Pengangkutan Barangan 
  • Lori Rigid - Custainsider 
  • Lori Rigid - Hasil Pertanian 
  • Lori Rigid - Kandang Haiwan 
  • Lori Rigid - Kombinasi 
  • Lori Rigid - Open Platform 
  • Bas Food Catering 
  • Van Food Catering
  • Lori Food Catering 
  • Lori Tangki Rigid - Minuman 
  • Semi - Panel Van 
  • Bas Perkhidmatan Bergerak 
  • Van Perkhidmatan Bergerak Lori
  • Rigid - Perkhidmatan Bergerak 
  • Lori Rigid - Sampah
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pengukuhan rawatan pesakit kanser
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Pengukuhan rawatan pesakit kanser dengan rawatan terapi sasaran (Targeted Therapy) di hospital-hospital KKM
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Peluasan rawatan Dialisis Peritoneal
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Rawatan Dialisis Peritoneal bagi pesakit buah pinggang tahap akhir (End Stage Kdney Disease - ESKD) diperluaskan untuk semua pesakit KKM di seluruh negara
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pengukuhan rawatan Diabetis Mellitus
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Rawatan Diabetis Mellitus menggunakan SGLT-2i di hospital dan klinik kesihatan KKM di seluruh negara
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Insentif kepada penternak lembu
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Insentif kepada penternak lembu pedaging yang mempunyai kadar kelahiran ternakan sedia ada sekurang-kurangnya 60%
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Insentif kepada penternak ruminan kecil
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Insentif kepada penternak ruminan kecil bagi penternak yang mempunyai kadar kelahiran ternakan sedia ada sekurang-kurangnya 100%
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penyasaran subsidi petrol RON95
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Penyasaran subsidi petrol RON95 akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2025
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim 1 OKU 1 Perniagaan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) adalah inisiatif untuk golongan OKU yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, di mana mereka diberi pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan.

 

  • S1O1P diberikan untuk tempoh setahun bagi pendaftaran perniagaan baharu dan pembaharuan perakuan pendaftaran. Walau bagaimanapun, permohonan maklumat perniagaan dan cawangan dikenakan bayaran seperti biasa.

 

  • Pengecualian fee:
    • Pengecualian fi RM 30 diberikan untuk pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan (contoh: Ali bin Abu, Tan Bee Din, Yuvarajoo A/L Rajagopal).
    • Pengecualian fi RM 60 diberikan untuk pendaftaran perniagaan milikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi terdiri daripada kategori yang layak memohon skim ini) yang menggunakan nama tred (contoh: Percetakan Fakhrur, Lemang Tokti Enterprise, Rahim Fitness Centre).

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk katalog SSM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Insentif untuk Majikan yang Menggaji Golongan yang Mudah Terjejas
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Insentif RM600 sebulan selama 3 bulan kepada majikan yang menggaji golongan terjejas seperti OKU dan bekas banduan di bawah PERKESO
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda