Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Pengguna / Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, SESB, SEB, NUR Power);
ii. Pembelian barangan elektrik (penyaman udara/peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang pada tahun 2025 atau sehingga kuota habis;
iii. 1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi setiap peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first served basis; dan
iv. Belum pernah membuat tuntutan di bawah Program SAVE (bertujuan untuk memberi peluang kepada pembeli yang tidak pernah/berkesempatan membuat tuntutan sebelum ini.)
Cara memohon:
i. Pembelian di Kedai / Pasaraya Fizikal:
ii. Pembelian Secara Atas Talian (e-Dagang):
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 13/05/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
Nota: Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk penyasaran subsidi diesel fasa pertama ini.
Petani Kecil |
|
Pekebun Kecil |
Nota: Pekebun kecil tersusun di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA tidak layak untuk bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi kerana Kerajaan akan menyalurkan subsidi diesel dan bantuan lain yang berkaitan terus kepada pihak FELDA, FELCRA dan RISDA. |
Nota: Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pada masa yang sama pemohon boleh hadir ke jabatan / agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan
Untuk info lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 13/05/2025
10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Awam |
|
9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan |
|
14 Jenis Pertambahan Kenderaan Pengangkutan Barangan |
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Syarat Kelayakan:
Maklumat yang diperlukan adalah:
Nota: Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara atas talian
Syarikat hanya dibenarkan memilih tiga (3) jenama syarikat minyak. Jenama yang boleh dipilih adalah:
i. PETRONAS
ii. Shell
iii. Petron
iv. Caltex; atau
v. BHP
Ketika membuat permohonan fleet card Syarikat perlu membawa dua (2) dokumen seperti berikut:
i. Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi; dan
ii. Senarai Kenderaan yang diluluskan.
Tempoh memproses permohonan fleet card adalah 2 hingga 4 minggu selepas permohonan lengkap dikemukakan kepada syarikat minyak.
Sebarang pertanyaan atau permohonan boleh diajukan kepada syarikat minyak seperti berikut:
i. PETRONAS: 1-300-88-8282 atau https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay
ii. Shell: 1-300-22-8181 atau https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html
iii. Petron: 1-800-88-8298 atau https://www.petronfleetcard.com.my/
iv. Caltex: 1-800-88-3168 atau https://www.caltex.com/my/business-solutions/fleet-cards/caltex-diesel-government-subsidy-card.html
iv. BHP: 03-7719 9499 atau https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 13/05/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BUDI Individu
Syarat Kelayakan:
Pemohon:
Kriteria Pemilikan Kenderaan
Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan melalui portal rasmi BUDI MADANI. Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan dibuka mulai 3 Jun 2024.
Permohonan BUDI Individu adalah terhad secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu dengan kaedah berikut:
Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
i. No. Mykad
ii. No. Telefon Bimbit
iii. Nama Bank No. Akaun Bank
iv. Alamat e-mel
Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
i. Nombor Pendaftaran Kenderaan
ii. Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
iii. Jenama / Model Kenderaan
iv. Kelas Kegunaan Kenderaan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan
Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Syarat Kelayakan:
i. Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
ii. Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
iii. Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
Salinan penyata gaji
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
Salinan penyata gaji suami/isteri
Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 01/03/2025
Program Subsidi Ujian Mamogram adalah sebuah bantuan subsidi di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu golongan wanita yang berkelayakan untuk meneliti kesihatan payudara serta mengesan ketulan payudara di peringkat awal yang mendorong kepada kanser payudara.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap yang berumur 35 - 70 tahun dengan pendapatan isi rumah RM10,000.00 dan ke bawah sebulan (Subsidi Penuh)
ii. RM10,000.00 ke atas sebulan (Subsidi RM50.00) dan menepati kriteria berikut iaitu:
Nota: Wanita berumur 35-39 tahun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim