Pembiayaan mikro yang eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Skim Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) adalah sebuah skim pembiayaan tanpa cagaran di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bagi usahawan mikro eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina bertujuan untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

Perkara 

Keterangan 

Tujuan Pinjaman 
  • Modal Kerja / Pembelian Aset / Ubahsuai Premis Perniagaan 
Jumlah Pinjaman 
  • RM5,000 hingga RM50,000 
Tempoh Pinjaman 
  • 6 bulan hingga 5 tahun 
Jenis Sektor Perniagaan 
  • Peruncitan dan Pemborong / Pembuatan / Perkhidmatan

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi BSN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Teman Tekun
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 20/01/2025

  • Skim pembiayaan Teman Tekun adalah sebuah skim pembiayaan mikro yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 
  • Skim pembiayaan mikro berasaskan Tawarruq menawarkan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien secara berkumpulan untuk usahawan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Perkara

Penerangan 

Jumlah Pinjaman Sila rujuk jadual 1 di bawah 
Tempoh Bayaran Balik Sila rujuk jadual 1 di bawah 
Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun 
Bayaran balik termasuk simpanan wajib Setiap minggu 

 

Jumlah/Had Pembiayaan 

 

  1. Pembiayaan kali pertama had maksimum RM7,000 
  2. Pembiayaan kali kedua had maksimum RM14,000. 
  3. Pembiayaan kali ketiga had maksimum RM20,000 
  4. Pembiayaan kali keempat dan seterusnya had maksimum RM30,000
  5. Nilai pembiayaan hendaklah dipersetujui oleh ahli kumpulan dan Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN (PSAT) 

 

Jumlah Pembiayaan Tempoh Bayaran 
RM 1,000-RM5,000 6 bulan sehingga 12 bulan 
RM 5,001-RM14,000 6 bulan sehingga 18 bulan 
RM 14,001-RM20,000 6 bulan sehingga 24 bulan 
RM 20,001-RM30,0006 Bulan sehingga 36 bulan

Jadual 1 

  1. Membentuk kumpulan lima (5) orang usahawan (lelaki atau wanita) dari kenalan/rakan perniagaan yang boleh dipercayai 
  2. Ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan 
  3. Ahli kumpulan boleh merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah disisi undang-undang
  4. Perniagaan atau tempat tinggal ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain 
  5. Menghadiri Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN (PSAT) setiap minggu 
  6. Perlindungan di bawah Takaful Pembiayaan bagi tujuan perlindungan ke atas baki dan Skim Takaful Perlindungan Kemalangan Diri atau Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO (SKSPS)
  7. Kadar Keuntungan TEKUN sebanyak 4% setahun daripada nilai pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan
  8. Simpanan wajib setiap minggu 
  9. Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Logistik dan Pengangkutan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Memberikan bantuan kewangan kepada syarikat yang terlibat dalam dan / atau berkaitan dengan aktiviti serta perkhidmatan logistik, pengangkutan (termasuk aeroangkasa) dan maritim seperti: 
    • Pemerolehan kapal atau pesawat 
    • Pemerolehan tanah, pembinaan limbungan kapal / hangar, infrastruktur, jentera, dan peralatan 
    • Pembinaan bangunan, kilang, gudang berikat, kawasan pelabuhan, dan pengangkutan untuk aktiviti maritim dan aeroangkasa 
    • Pemerolehan aset untuk perkhidmatan logistik, termasuk gudang, kenderaan, dan peralatan berkaitan 
    • Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan industri minyak dan gas 
    • Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan Pembiayaan separa untuk keperluan modal kerja

 

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM100 juta

 

  • Tujuan dan tempoh pembiayaan:

 

TujuanTempoh Pembiayaan
Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga 12 TahunPerbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 tahun

 

  • Ciri-ciri utama:

 

  • Tempoh Ketersediaan
    • 1 januari 2025 - 31 Disember 2030
  • Margin Pembiayaan
    • Sehingga 90% daripada jumlah kos projek
  • Jumlah Pembiayaan 
    • Minimum: RM20 juta
    • Maksimum: Sehingga RM100 juta
  • Kemudahan yang Ditawarkan
    • Pembiayaan Berjangka / Bertempoh 
    • Kemudahan Pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja)
    • Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon 
    • Untuk susunan sindikasi/ perjanjian klub

 

  • Kadar Pembiayaan:

 

Projek KerajaanKos Dana ("Cost of Fund") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Projek KomersialKadar Pembiayaan Asas ("Base Financing Rate") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Jaminan KewanganYuran Jaminan - Subsidi sebanyak 1.0% setahun

 

Nota:

i. Permohonan untuk jumlah pembiayaan yang lebih tinggi boleh dihantar untuk semakan lanjut oleh pihak Bank. Jumlah yang diluluskan secara muktamad adalah berdasarkan penilaian kredit.

ii. Untuk pembiayaan dengan kemudahan pusingan, dihadkan kepada tempoh maksimum 3 tahun.

iii. Bagi pembiayaan dengan kemudahan pusingan, margin pembiayaan maksimum adalah 30% daripada jumlah kos projek atau 85% daripada setiap tuntutan / invois progresif mengikut keperluan aliran tunai, mana yang lebih rendah.

iv. Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BPMB

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Pembangunan Usahawan Profesional
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025

  • Skim Pembiayaan Usahawan Profesional (ProSPEC) ialah pembiayaan perniagaan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan profesional

  • Berikut adalah senarai maklumat skim ProSPEC yang ditawarkan:  

Perkara 

Keterangan 

Skop Pembiayaan 
  • Modal Pusingan  
  • Pembelian Mesin dan Peralatan  
  • Ubah suai Premis Perniagaan  
Had Pembiayaan 
  • Milikan Tunggal/Perkongsian: RM250,000.00  
  • Syarikat Sdn. Bhd: RM500,000.00  
Tempoh Pembiayaan 
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)  

Jaminan atau Cagaran 

  

  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon;  

     

atau  

 

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon;  

     

atau

 

  • Gabungan kedua-duanya sekali  
  • Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan  

     

atau  

 

  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn. Bhd. memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat  
Kadar Keuntungan 
  • 4% (Kadar Berkurangan)  
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
MARA Integrated Smart Auto (MISA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025

  • Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan memberi peluang kepada usahawan Bumiputera dalam bidang automotif, khususnya yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part), serta membantu menaik taraf bengkel sedia ada kepada skala yang lebih besar.

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

Perkara

Penerangan

Skop Pembiayaan
  • Modal pusingan 
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis / Bengkel
Had Pembiayaan
  • RM1,000,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan atau Cagaran
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dimohon;

     

    atau

     

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dimohon;

     

    atau

     

  • Gabungan kedua-duanya sekali 
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

 

Kadar Keuntungan 
  • 2% (Kadar Tetap)

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi MARA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda