Alami pengalaman baharu dengan Portal Manfaat 2024 yang telah diperbaharui dengan keupayaan dan kemudahan yang ditambah baik, direka untuk meningkatkan pengalaman penggunaan anda dalam mengetahui bantuan, sokongan dan inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2024.
Apakah itu Portal Manfaat?
Portal ini merupakan laman sesawang sehenti, bertujuan untuk memudahkan Rakyat mengakses informasi terkini berkaitan skim bantuan, sokongan dan inisiatif merentasi pelbagai Kementerian dan Agensi, khususnya di bawah belanjawan negara secara tepat, terangkum, telus dan dipercayai.
Seiring dengan pendekatan keseluruhan Kerajaan dan ‘tiada pintu salah’ dalam penyaluran maklumat berkaitan bantuan Kerajaan, Rakyat kini berupaya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hampir 200 bantuan oleh lebih daripada 90 Agensi Pelaksana yang diumumkan dalam Belanjawan tahunan Kerajaan melalui Portal ini.
Portal ini kini merupakan salah satu wadah pilihan Rakyat untuk mendapatkan maklumat tentang bantuan Kerajaan di mana bagi tahun 2023, setakat Oktober, seramai 4.7 juta pengunjung telah memanfaatkan Portal ini bagi mendapatkan maklumat tentang bantuan, sokongan dan inisiatif yang diperlukan, dengan purata pengunjung sehari seramai lebih 15 ribu orang.
Bagaimana Portal Manfaat Membantu Anda?
Portal ini boleh membantu anda untuk mengetahui tentang pelbagai bantuan, sokongan dan inisiatif Kerajaan yang diingini termasuk cara untuk memohon dengan mudah, pada bila-bila masa, secara percuma melalui beberapa cara:
Perkhidmatan sokongan juga ada disediakan bagi memudahkan Rakyat untuk berkomunikasi dan memberi maklum balas berkaitan bantuan melalui empat (4) kaedah iaitu:
Di samping itu, para pengunjung Portal Manfaat juga disajikan dengan pelbagai jenis video dan infografik informatif sebagai santapan ilmu untuk memudahkan pemahaman rakyat tentang pelbagai bantuan, sokongan dan inisiatif Kerajaan. Selain itu, Portal Manfaat juga dijadikan sebagai medan untuk menyalurkan maklumat tambahan kepada rakyat melalui penulisan rencana yang mudah difahami, sesuai dengan cita rasa rakyat.
Manfaatkan Portal Ini Secara Bersama
Portal ini juga boleh dimanfaatkan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan komuniti seperti NGO, ketua komuniti, persatuan, pertubuhan dan sebagainya bagi membantu komuniti sasaran masing-masing untuk mendapatkan maklumat berkaitan bantuan dan sokongan yang bersesuaian untuk dimanfaatkan.
Mulakan Pencarian Anda
Alami nafas baharu Portal Manfaat sekarang untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, cepat dan efektif.