Rencana

Rencana Cover Img
13 Julai, 2023
Ketahui Pelbagai Inisiatif dan Kemudahan Penjagaan Kesihatan

Belanjawan 2023 merupakan perancangan inklusif bertujuan mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, berkonsepkan ‘Membangun Malaysia MADANI’. Belanjawan 2023 ini menumpukan kepada 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

Belanjawan MADANI 2023 telah dirancang dengan teliti untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir, dan semua segmen masyarakat diberi perhatian yang sewajarnya, melalui pelbagai inisiatif dan pengagihan dana yang cekap dan berkesan menerusi pelbagai agensi dan kementerian.
Berikut merupakan antara beberapa insiatif Belanjawan 2023 bertujuan untuk menyokong golongan wanita, warga emas dan OKU:

Wanita
Mempergiat Wanita Berkecimpung Dalam Keusahawanan Melalui Pelbagai Kemudahan Pembiayaan
• BSN-Micro Kasih/i-Kasih-Nita
BSN Micro Kasih/i-Kasih-Nita memberi kemudahan pinjaman kepada usahawan mikro wanita untuk membantu mereka yang berhasrat dalam mengembangkan perniagaan.
Untuk maklumat lanjut berhubung BSN-Micro Kasih/i-Kasih-Nita, sila layari https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/faq/bsn-kasih-nita.html
• MARA – DanaNITA
Skim Pembiayaan DanaNITA merupakan satu inisiatif khusus untuk wanita dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 bertujuan untuk mempertingatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan menggalakkan usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka.
Untuk maklumat lanjut berhubung MARA – DanaNITA, sila layari https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/faq/dananita.html
• Bank Rakyat–BRPLUS–i BizLady
BRPLUS - i BizLady ialah sebuah kemudahan skim pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) khusus untuk usahawan Perusahaan Mikro Kecil & Sederhana (PMKS) wanita dan koperasi wanita bertujuan untuk pengembangan perniagaan.
Untuk maklumat lanjut berhubung Bank Rakyat–BRPLUS–i BizLady, sila layari https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/faq/bizlady.html

Penjagaan Kesihatan Dan Perlindungan Buat Wanita
• Ujian Saringan Mamogram & Kanser Serviks
Inisiatif ini dibuka kepada golongan wanita yang berisiko tinggi atau mencapai had umur yang layak bagi menjalani saringan awal ujian Mamogram dan Kanser Serviks di pusat-pusat saringan yang terpilih.
Untuk maklumat lanjut berhubung Ujian Saringan Mamogram & Kanser Serviks, sila layari https://belanjawan.mof.gov.my /manfaat/faq/mamogramserviks. html
• Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS)
Memperkukuh peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bagi menangani isu keganasan rumahtangga dan jenayah seksual wanita dan kanak kanak. Pusat ini menawarkan perkhidmatan psikososial yang holistik termasuk sesi bimbingan dan kaunseling serta transit sementara berbentuk immediate relief kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut berhubung Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), sila layari https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/faq/psss.html
• PERKESO - Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) merupakan satu skim bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan hal rumah tangga.
Untuk maklumat lanjut berhubung Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), sila layari https://belanjawan.mof.gov.my /manfaat/faq/skssr.html

Warga Emas
• Bantuan Warga Emas (BWE)
BWE adalah bantuan tunai sebanyak RM500 sebulan yang menyasarkan warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan dalam usaha memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.
Untuk maklumat lanjut berhubung Bantuan Warga Emas (BWE), sila layari https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/faq/bwe.html
• Skim Perubatan MADANI
Warga Emas yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh memanfaatkan inisiatif perkhidmatan percuma ini melalui Skim Perubatan MADANI yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Untuk maklumat lanjut berhubung Skim Perubatan MADANI, sila layari https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/faq/skim-madani.html

Golongan OKU
• Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Bantuan ini menyediakan kadar bantuan sebanyak RM500 sebulan seorang bagi meringankan beban sekaligus menggalakkan OKU untuk terus bersama disisi keluarga.
Untuk maklumat lanjut berhubung BPT , sila layari https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/faq/bpt.html
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P)
S1O1P oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah skim bagi golongan orang kurang upaya bertujuan membantu mereka mendaftarkan perniagaan dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Untuk maklumat lanjut berhubung S1O1P , sila layari https://belanjawan.mof.gov.my /manfaat/faq/s1o1p.html
• PERKESO - Program Daya Kerjaya - Pelanjutan Insentif Penggajian Secara Bersasar
Dengan kerjasama PERKESO, Kerajaan telah menyediakan insentif Program Daya Kerjaya - Pelanjutan Insentif Penggajian Secara Bersasar yakni Insentif RM600 sebulan selama 3 bulan bagi majikan bertujuan untuk menggaji golongan yang mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, gelandangan & penganggur tegar. Inisiatif ini membuka ruang dalam menggalakkan sektor swasta menggaji pekerja dengan nilai lebih tinggi di samping meningkatkan peluang pekerjaan.
Untuk maklumat lanjut berhubung Program Daya Kerjaya, sila layari https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/faq/perkeso-insentif-majikan600.html

Belanjawan Madani ini mencerminkan pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan menerusi pelbagai inisiatif kepada rakyat yang mencakupi keseluruhan lapisan masyarakat. Pemberian tumpuan kepada usaha memacu kualiti hidup rakyat ini diharapkan agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan menjamin kelangsungan kehidupan mereka.

#TeamManfaat berharap perkongsian artikel ini dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh kumpulan sasar yang dinyatakan di atas tetapi kepada semua rakyat majmuk Malaysia.

Terus layari Portal Manfaat di https://belanjawan.mof.gov.my/ manfaat/ atau laman media sosial Facebook dan Instagram untuk maklumat sahih dan terkini berhubung inisiatif Belanjawan 2023.

Jangan ketinggalan untuk mengetahui inisiatif-inisiatif yang mungkin boleh membantu anda, keluarga anda ataupun rakan-rakan anda! Ingat Belanjawan, ingat Manfaat!

Ditulis Oleh: Bahagian Pembangunan Korporat LAKSANA