Rencana

Rencana Cover Img
13 Okt, 2023
Belanjawan 2024 - Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat

Yang dinantikan kini telah tiba. Belanjawan 2024 yang merupakan Belajawan MADANI kedua telah pun diumumkan YAB Menteri Kewangan pada 13 Oktober 2023. Namun, tahukah anda bahawa penggubalan Belanjawan Madani 2024 telah melalui pelbagai usaha dan proses penting sebelum ia dapat diumumkan?  

Hakikatnya, Belanjawan MADANI 2024 dibentuk hasil daripada pendekatan dan usaha secara konsultatif dan inklusif oleh Kementerian Kewangan melalui pelbagai sesi libat urus, kumpulan fokus dan program jelajah ke negeri-negeri. Dalam hubungan ini, sebanyak 24 sesi perbincangan bersama kumpulan fokus dan 9 Jelajah Negeri telah berjaya dilaksanakan dalam bulan Ogos dan September 2023. Sesi tersebut juga telah melibatkan penyertaan daripada lebih 8,000 peserta dari pelbagai latar belakang seperti dewan perniagaan, pakar ekonomi, teknokrat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang awam. Manakala sebanyak 11,089 cadangan telah diterima melalui portal Belanjawan 2024 dan diteliti dengan rapi. 

Maka di atas iltizam tersebut, belanjawan pada kali ini yang bertemakan REFORMASI EKONOMI, MEMPERKASA RAKYAT, merupakan kesinambungan kepada dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI. Semua usaha yang dirangka akan menyusul setiap keutamaan dan penanda aras di bawah Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada 3 tumpuan utama dan 12 ikhtiar iaitu:  

tumpuan-utama-belanjawan

Sesungguhnya, Belanjawan MADANI 2024 yang diumumkan, telah digarap dengan memastikan tiada golongan yang terpinggir, di mana kebajikan Rakyat diberikan perhatian yang sewajarnya serta dalam pada masa yang sama, mengetengahkan langkah-langkah reformasi bagi memastikan kerancakan ekonomi, kemampanan kewangan negara dan pengukuhan tatakelola institusi tercapai. 

Terus layari Portal Manfaat atau laman media sosial Facebook dan Instagram untuk maklumat sahih dan terkini berhubung inisiatif Belanjawan MADANI 2024. 

Jangan ketinggalan untuk mengetahui inisiatif-inisiatif yang mungkin boleh membantu anda, keluarga anda ataupun rakan-rakan anda! Ingat Belanjawan, ingat Manfaat!