Skim Jaminan Kredit Perumahan - MADANI (SJKP-MADANI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan - MADANI (SJKP-MADANI) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji .

 

PERKARA  PENERANGAN  
Tujuan Pembiayaan  Pembiayaan gadai janji  
Had Pembiayaan  Sehingga RM360,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA / MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian  
Jenis Pembiayaan  Pinjaman / Pembiayaan bertempoh  
Tempoh Pembiayaan  Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  
Jaminan Pembiayaan 

Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi

  • Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
  • Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot 
Kadar Faedah/Keuntungan  Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

  

MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance  

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful  

LTHO: Long Term House owner’s Takaful  

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 
Telipon

TELEFON

​​+603-2096-5000​

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda