- Daya Kerjaya 2.0 merupakan Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta dan Government - Linked Companies (GLC) serta Government - Linked Investment Companies (GLIC) yang dikelolakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan sektor swasta/GLC/GLIC menggaji pekerja dalam kalangan golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, pesara dan warga emas
- Permohonan yang dilakukan mulai 10 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 untuk pengambilan pekerja baharu mulai 1 Disember 2023.
- Insentif khas ini adalah sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PERKESO
Syarat Kelayakan:
- Majikan yang TIDAK berdaftar atau mencarum dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
- Majikan atau perusahaan yang TIDAK berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
- Pekerja yang sedang menerima Insentif Penggajian Pekerja (Program Daya Kerjaya) bagi golongan mudah terjejas, graduan TVET dan lepasan sekolah di bawah Belanjawan 2023.
- Golongan yang tidak tergolong daripada kumpulan bersasar (soalan 4).
- Warga emas yang berumur kurang daripada 60 tahun.
- Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik dan anak yang diambil sebagai pekerja.
- Pekerja selain daripada pekerja berstatus warganegara, pemastautin tetap atau pemastautin sementara.
- Pekerja yang telah diberhentikan kerja atau berhenti kerja secara sukarela selepas menyertai program ini bagi tuntutan seterusnya. Pekerja yang telah berhenti/diberhentikan kerja dengan majikan yang memohon sebelum permohonan ini dibuat.
- Pemilik perniagaan yang memohon untuk dirinya sendiri.
- Semua pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri atau individu yang tidak mempunyai majikan.
Syarat Tambahan:
- Majikan hendaklah telah berdaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
- Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
- Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs.
- Majikan digalakkan mengambil calon pekerja dari senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs. Sekiranya majikan mengambil calon pekerja selain dari senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs, majikan hendaklah memastikan agar pekerja yang diambil tersebut kemudiannya berdaftar dengan Portal MYFutureJobs.
- Pekerja hendaklah berdaftar dan melengkapkan profil di Portal MyFutureJobs (Medan nama, nombor kad pengenalan, alamat, tahap pendidikan dan pengalaman kerja). Majikan digalakkan membayar gaji seperti yang diiklankan di dalam Portal MYFutureJobs dan sekurang-kurangnya RM1,500.
- Majikan hendaklah mengemaskini tarikh berhenti kerja selewatlewatnya 15hb bulan pada bulan berikutnya di Portal Kerjaya MADANI - Skim Sokongan Pekerjaan atau Portal ASSIST sekiranya berlaku perubahan status pekerja.
- Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja selaras dengan Akta Kerja 1955 dan peraturan di bawahnya.
- Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dengan niat untuk menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau pekerja yang baharu bagi tujuan permohonan Program Daya Kerjaya 2.0 - Skim Sokongan Pekerjaan diluluskan.
Nota: PERKESO berhak meminta sebarang dokumen pembuktian berkaitan sekiranya perlu. Rekod dan dokumen yang digunakan dalam permohonan ini hendaklah disimpan oleh majikan sekurang-kurangnya selama 3 tahun untuk rujukan dan semakan PERKESO.
- Iklankan jawatan kosong di Portal MYFutureJobs dan pastikan profil majikan di Portal MYFutureJobs adalah lengkap
- Membuat pengambilan pekerja dan pastikan profil pekerja di Portal MYFutureJobs juga lengkap
- Daftarkan pekerja di Portal ASSIST
- Membuat permohonan Program Daya Kerjaya 2.0 di Portal Kerjaya MADANI
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 (Majikan):
- Salinan akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank).
- Salinan nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh pihak Bank (Business Registration Number - BRN).
- Salinan pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
- Salinan kad pengenalan pekerja (Depan dan Belakang).
- Salinan kontrak pekerjaan pekerja dimohon di bawah program ini.
- Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja dan majikan.
- Bagi majikan sedia ada yang pernah memohon Insentif Penggajian sebelum ini yang telah diluluskan, rekod dokumen terdahulu akan disimpan secara automatik dalam Portal Kerjaya MADANI Program Daya Kerjaya 2.0 - Skim Sokongan Pekerjaan. Walau bagaimanapun, majikan perlu mengemukakan dokumen tambahan yang berkaitan sekiranya diminta oleh PERKESO.
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 (Individu):
Kategori Kelayakan | Dokumen / Maklumat Pengesahan |
Orang Kurang Upaya (OKU) / Peserta Return to Work (RTW) di bawah PERKESO | OKU: Nombor Kad OKU / Salinan Kad OKU Peserta RTW: Salinan Kad Pengenalan |
Orang diparol (ODP) / Orang bebas berlesen (OBB) / Penghuni bebas lesen (PBL) / Bekas banduan / Orang Diselia (ODS) | Pengesahan Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri |
Warga Emas / Pesara | Salinan Kad Pengenalan (Muka depan dan Belakang) |
Semakan Permohonan:
- Majikan dan pekerja boleh membuat semakan status permohonan secara dalam talian di Portal Kerjaya MADANI di laman sesawang PERKESO dan PERKESO juga akan memaklumkan keputusan permohonan melalui medium yang telah berdaftar di program ini.
Pembayaran kepada majikan melalui:
- Majikan akan menerima kelulusan pekerja yang layak dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima dan memenuhi syarat kelayakan.
- Bayaran insentif pertama kepada majikan akan dikreditkan dalam tempoh 14 hari selepas pengesahan kelulusan dilakukan, manakala bayaran insentif kedua dan seterusnya akan dikreditkan kepada majikan setiap bulan selepas 15hb bagi bulan berkenaan.
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun syarikat (majikan) sekiranya permohonan memenuhi syarat dan telah diluluskan.