Terakhir dikemas kini pada 13/01/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KWSP
Syarat Kelayakan Suami:
i. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
ii. Ahli KWSP
iii. Belum mencapai umur 75 tahun
iv. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Syarat Kelayakan Isteri:
i. Warganegara Malaysia
ii. Ahli KWSP
iii. Belum mencapai umur 75 tahun
iv. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Contoh pengiraan:
i. Upah suami: RM2000.00
ii. Kadar berkanun syer pekerja: 11%
iii. Amaun caruman syer pekerja: RM220.00 (RM2,000 x 11%)
iv. Amaun pindahan ialah: RM 40.00
KWSP i-Akaun | Suami boleh mendaftar i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli) dengan merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang. |
Self Service Terminal (SST) | Sediakan MyKad untuk pendaftaran i-Sayang di mana-mana SST. |
Pejabat KWSP | Kunjungi pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi. |
Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:
i. Pengangkutan Barangan dan Makanan
ii. Pertanian
iii. Penternakan
iv. Perhutanan
v. Perikanan
vi. Makanan
vii. Pembuatan
viii. Pembinaan
ix. Penjaja
x. Premis Penginapan
xi. Perniagaan Online
xii. Teknologi Maklumat
xiii. Pemprosesan Data
xiv. Ejen
xv. Perkhidmatan Professional
xvi. Perkhidmatan Sokongan
xvii. Kesenian
xviii. Perkhidmatan Isi Rumah
xix. Penjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi SKSPS atau rujuk Risalah SKSPS
Syarat Kelayakan :
Hadir ke pejabat PERKESO berhampiran bersama dokumen yang diperlukan :
i. Salinan kad pengenalan
ii. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih
Permohonan boleh dilakukan melalui Laman Rasmi PERKESO
iii. Ejen PERKESO yang sah
iv. Bayaran secara tunai di semua Pejabat PERKESO
Sila rujuk Panduan Pembayaran Caruman Secara Online
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambahbaik meliputi perkara-perkara berikut:
i. Bayaran faedah Ex-Gratia Operasi (EXO) secara sekali sahaja (one-off) sehingga maksimum RM50,000 diwujudkan khasnya bagi anggota Pasukan Keselamatan dan Agensi Penguatkuasaan yang mengalami Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan semasa bertugas dalam operasi (wounded in action);
ii. Bayaran faedah Ex-Gratia Pukal (EXP) secara sekali sahaja (one-off) sebanyak RM20,000 diberikan sebagai tambahan kepada Waris bagi kes kematian akibat kemalangan semasa bertugas;
iii. Kadar Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dinaikkan sebanyak 200% daripada RM500/bulan kepada RM1,500/bulan kepada pegawai yang layak;
iv. Bayaran faedah Ex-Gratia Hilang Upaya Sementara (EXS) bagi pegawai yang diluluskan Cuti Sakit Lanjutan akibat kemalangan semasa bertugas sebanyak RM25/hari dan terhad kepada 180 hari setahun; dan
v. Skop liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja juga diperluaskan sebagai perlindungan kepada pegawai yang diarahkan menghadiri temujanji kesihatan di hospital/fasiliti kesihatan.
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Sila rujuk jadual di bawah untuk penerangan terperinci:
Pelan Caruman | Sumbangan Kerajaan 90% | Caruman Orang Bekerja Sendiri (OBS) (10%) |
---|---|---|
Pelan 2 (RM232.80) | RM209.50 | RM23.30 |
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi SPS padanan caruman
Syarat-syarat kelayakan adalah:
i. Bertaraf warganegara Malaysia/ pemastautin tetap tanpa mengira had umur
ii. Individu yang menjalankan aktiviti sendiri untuk mencari nafkah
iii. Bekerja sepenuh masa/ separuh masa
iv. OBS bekerja di Malaysia
Kategori | Sektor Terlibat |
SPS Agro 2.0 |
|
SPS Lain Upaya 3.0 |
|
SPS Sukan 2.0 |
|
SPS Jaja 3.0 |
|
SPS Seni 3.0 |
|
SPS Asal 3.0 |
|
SPS Usahawanita 3.0 |
|
SPS Joran 2.0 |
|
SPS Gig 4.0 |
|
SPS Didik 2.0 |
|
SPS Servis 2.0 |
|
Permohonan dan pengaktifan perlindungan SPS Padanan Caruman boleh dibuat melalui:
ii. Melalui aplikasi mudah alih PERKESO
iii. Melalui ejen Korporat PERKESO yang berdaftar (sila rujuk Senarai Maklumat Ejen)
iv. Hadir ke pejabat PERKESO yang berdekatan bersama dengan dokumen sokongan yang diperlukan:
a. Salinan Kad Pengenalan
b. Salinan surat pengesahan pekerjaan daripada piihak berkuasa/ persatuan yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor
Terakhir dikemas kini pada 05/01/2025
Bagi maklumat lanjut berkenaan skim ini, sila layari Laman Rasmi SKSSR
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia/ pemastautin tetap
ii. Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/ belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR.
iii. Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu
Pendaftaran dan Pembayaran SKSSR boleh dibuat melalui:
i. Mana-mana pejabat PERKESO dengan melengkapkan borang pendaftaran & caruman atau
ii. Menerusi Portal Suri Rumah PERKESO
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:
i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun
Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini
ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur:
i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan
ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun
iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi MySalam
|
Pemohon diminta untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan secara atas talian, melalui Laman Rasmi mySalam
Dokumen wajib yang diperlukan:
Manfaat Hospitalisasi:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Surat Discaj yang mengandungi maklumat berikut:
Manfaat Penyakit Kritikal:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI:
Nota: Kecederaan yang dilakukan sendiri, peperangan / rusuhan, keganasan / pelanggaran undang-undang dan peristiwa berlaku sebelum tarikh berkuatkuasa dikecualikan untuk menerima Manfaat Penyakit Kritikal
Sila rujuk kepada tatacara untuk menghantar permohonan tuntutan Skim mySalam.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim mySalam, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 08/01/2025
Faedah | Perkara |
---|---|
Insentif Khas | Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa |
Pelepasan Cukai | Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN |
Dividen Tahunan | Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan |
Bantuan Kematian | Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP |
Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
Syarat Kelayakan:
i. Ahli KWSP;
ii. Warganegara Malaysia;
iii. Berumur bawah 55 tahun;
iv. Wanita yang berdaftar dengan eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.
Tahun | Amaun Tahunan Insentif Khas |
2024 | RM300 |
2025 | RM300 |
Contoh: Aminah mencarum i-Suri dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024 hingga 2025. Jumlah terkumpul Insentif Khas yang telah diterima adalah RM600. Jumlah Insentif Khas i-Suri yang masih layak untuk terima adalah RM2,400 (RM3,000 - RM600).
KWSP i-Akaun | Pendaftaran i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun di bawah menu Pendaftaran i-Saraan |
Laman Web KWSP | Pendaftaran i-Suri melalui portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian di bawah menu Pendaftaran i-Saraan |
Self Service Terminal (SST) | Pendaftaran i-Suri di mana-mana Self Service Terminal (SST) di bawah menu Pendaftaran i-Saraan dan sediakan MyKad |
Pejabat KWSP | Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri KWSP 16G (M) dan sediakan MyKad |
Nota: Permohonan ahli akan didaftarkan di bawah i-Suri secara automatik sekiranya ahli tersenarai di dalam data terkini Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November tahun sebelumnya
Aplikasi Mudah Alih | Pembayaran secara elektronik melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun |
Perbankan Internet |
|
Ejen Bank Berdaftar |
|
Kaunter Ejen Bank |
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2)
|
Pejabat KWSP |
*Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2). Seabagi peringatan KWSP tidak menggalakkan ahli membuat pembayaran secara tunai untuk jumlah yang besar di kaunter Pejabat KWSP.
|
Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) |
Nota: Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan |
Nota: Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain
Terakhir dikemas kini pada 08/01/2025
Faedah | Perkara |
---|---|
Insentif Khas | Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa |
Pelepasan Cukai | Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN |
Dividen Tahunan | Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan |
Bantuan Kematian | Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP |
Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan
Syarat Kelayakan :
i. Telah mendaftar sebagai ahli KWSP;
ii. Warganegara Malaysia; '
iii. Belum mencapai umur 60 tahun;
iv. Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Bagi Tahun Semasa | Amaun Tahunan Insentif Khas |
Ahmad | RM1,000 | RM200 |
Baba | RM2,500 | RM200 |
Kevin | RM5,000 | RM500 |
Nota: Bayaran Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran Insentif Khas daripada kerajaan)
Aplikasi Mudah Alih |
|
Perbankan Internet |
|
Ejen Bank Berdaftar |
|
Kaunter Ejen Bank |
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2)
|
Pejabat KWSP |
*Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2)
|
Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) |
Nota: Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim