Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tiada Permohonan Diperlukan
Terakhir dikemas kini pada
14/01/2025
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan dari Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan 2025, yang disediakan oleh LHDNM untuk membantu golongan yang terkesan dengan memenuhi keperluan barangan asas.
- Pelaksanaan SARA akan bermula pada 15 Januari 2024 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada penerima miskin dan miskin tegar
- Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:
Kategori Penerima | Jumlah Kelayakan SARA 2025 | Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan |
Januari - Mac 2025 | April - Disember 2025 |
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM2,100 | RM100 | RM200 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM1,650 | RM100 | RM150 |
Bujang (STR & eKasih) | RM600 | RM50 | RM50 |
Isi Rumah (STR Sahaja) | RM900 | - | RM100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja) | RM450 | - | RM50 |
Jumlah | | | |
Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi LHDN atau portal rasmi MyKasih
Syarat Kelayakan:
i. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
ii. SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
i. Semakan portal rasmi MyKasih
- Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui laman rasmi MyKasih
- Tiada permohonan diperlukan, semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui:
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda