Skim Infrastruktur Pelancongan
Terakhir dikemas kini pada
21/10/2024
Skim Infrastruktur Perlancongan ialah skim pembiayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk membiaya aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pelancongan.
- Syarikat dimiliki oleh rakyat Malaysia (Majoriti 51% daripada perniagaan dimiliki atau dikendalikan oleh warganegara Malaysia).
- Syarikat (Perkongsian / Swasta Berhad / Syarikat Awam dan Koperasi)
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Pemohon perlu mempunyai modal berbayar minima sebanyak RM 5.0 juta atau 20 peratus daripada jumlah permohonan pembiayaan, mengikut jumlah yang lebih tinggi
- Pemohon perlu memperolehi pengesahan (contohnya, Surat Sokongan) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC)
- Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-Ciri | Penerangan |
---|
Jumlah Pembiayaan | Peringatan : Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi BPMB. Bagi permohonan pembiayaan yang melebihi jumlah maksimum boleh dipertimbangkan berdasarkan kes ke kes. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara BPMB. |
---|
Tempoh Pembiayaan | - Perbelanjaan Kapital (CAPEX) sehingga 5 tahun
- Perbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 tahun
|
---|
Kadar Pembiayaan | - Projek Kerajaan (Kos Dana (COF) + Margin - Subsidi 1.5% p.a.)
- Projek Kormesial (Kadar Pembiayaan Asas (BRF) + Margin - Subsidi 1.5% p.a.)
- Jaminan Kewangan (Yuran Jaminan - Subsidi 1.5% p.a.)
Peringatan : Kadar efektif untuk pembiyaan adalah tertakluk kepada kuasa meluluskan BPMB. |
---|
Skop Pembiayaan | - Pemerolehan dan pembinaan aset yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan;
- Membaik pulih atau menaik taraf bangunan, hotel, pusat konvensyen dan kemudahan sedia ada yang berada dalam industri pelancongan atau berkaitan dengan aktiviti pelancongan;
- Keperluan modal kerja
|
---|
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda