Terakhir dikemas kini pada 04/10/2024
SME Technology Transformation Fund (STTF) ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk mengadaptasi digital, automasi operasi perniagaan dan/atau mengaplikasi IR4.0 untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan proses, pengurusan kos dan penembusan pasaran
Perkara | Penerangan |
---|---|
Tempoh Pelaksanaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Amaun Pembiayaan |
|
Jaminan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
PMKS bersaiz mikro, kecil, sederhana seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pejabat daerah/pihak berkuasa tempatan (Sabah & Sarawak), atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional
Pemilikian oleh Syarikat Senarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan tidak melebihi 20%
Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia
Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun
Kedudukan kewangan yang solven
Tiada tindakan undang-undang terhadap Syarikat atau mana-mana pengarah syarikat/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/penjamin di bawah undang-undang Malaysia