SPS Padanan Caruman
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • SPS Padanan Caruman adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS).
  • Skim ini membolehkan OBS mendapatkan perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) sebagaimana yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2024.
  • Permohonan boleh dibuat bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 dan kelulusan setiap permohonan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad PERKESO.
  • Sila rujuk jadual di bawah untuk penerangan terperinci: 

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan 90%

Caruman Orang Bekerja Sendiri (OBS) (10%)

Pelan 2 

(RM232.80) 

RM209.50

RM23.30

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi SPS padanan caruman

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda