Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga
Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Pemegang kad OKU JKM
Tidak berupaya bekerja
Pemohon bukan penghuni / pelatih :
Institusi kendalian JKM
Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi :
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau
PGK purata miskin Per Kapita Semasa
Nota : Sumber kewangan seperti pencen / PERKESO / bantuan dan lain-lain.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :
Salinan MyKad pemohon
Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara kad OKU
Surat / memo pengesahan rawatan dari hospital / klinik kesihatan (kerajaan / swasta) / Pegawai JKM menunjukkan pemohon tidak berupaya bekerja
Salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat) atau
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Untuk maklumat lanjut, Sila Rujuk Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM