Kad Pekerja MADANI
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025

  • Kad Pekerja Madani merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan khusus untuk ahli kesatuan sekerja. Tujuannya adalah untuk memberikan akses kepada pelbagai diskaun dan kemudahan di lebih 100 syarikat di seluruh negara. 
  • Kad ini bertujuan untuk menghargai sumbangan pekerja serta meringankan beban kos sara hidup mereka dengan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan dan perkhidmatan.
  • Kad ini boleh digunakan di kedai dan perniagaan yang mengambil bahagian seperti: 

    i. Pasaraya 

    ii. Pakaian 

    iii. Makanan dan minuman 

    iv. Perjalanan dan penginapan

  • Permohonan untuk Kad Pekerja MADANI bermula pada 15 Jun 2025 dan berakhir pada 31 Disember 2025.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Kad Pekerja MADANI

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Sumber Manusia
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda