Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025
Pemasaran Digital / Penjualan | Tingkatkan capaian dan jualan melalui stratergi dalam talian bersasar |
Sistem Pembayaran Digital / e-POS | Permudahkan proses pembayaran dan penjualan dengan selamat dan cepat |
Sistem Pengurusan Gaji HR / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) | Automasikan gaji dan hubungan pelanggan untuk pertumbuhan perniagaan |
Perancangan Sumber Perusahaan (ERT) / Perakaunan & Percukaian | Permudahkan pengurusan kewangan dengan maklumat secara lansung |
Tandatangan Digital | Memastikan keaslian dokumen dengan tanda tangan digital yang diiktiraf secara sah |
IoT / Sistem Pintar | Tingkatkan kecekapan operasi dengan teknologi pintar |
Keselamatan Siber | Lindungi aset dan maklumat digital dengan sistem keselamatan yang terjamin |
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Funding Societies
Syarat Kelayakan:
i. Syarikat Malaysia Yang Berdaftar: PMKS/Koperasi dengan milikan sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
ii. Keperluan Pendaftaran: Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
iii. Tempoh Operasi: Beroperasi sekurang-kurangnya enam(6) bulan.
iv. Jumlah Pendapatan Tahunan: Purata Jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000.
v. Penerima Geran Sebelum ini: PMKS atau koperasi yang telah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini tidak layak untuk memohon Geran Digital PMKS MADANI.
Dokumen Yang Diperlukan:
i. Dokumen Pengenalan: Salinan kad pengenalan atau pasport pengarah / pemegang saham / pemilik, mana-mana yang berkenaan.
ii. Lesen Perniagaan: Dokumen pendaftaran perniagaan / profil perniagaan SSM / dokumen pendaftaran SKM.
iii. Dokumen Kewangan: Akaun yang telah diaudit terkini, akaun pengurusan, atau penyata bank dua bulan terkini.
iv. Invois: Invois / sebut harga yang dikeluarkan oleh Rakan Digitalisasi.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk Soalan Lazim