Skim Pembiayaan Tekun Niaga
Terakhir dikemas kini pada
20/01/2025
Perkara | Penerangan |
---|
Jumlah Pinjaman: Skim Pembiayaan Kecil (SPK) Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) | >RM 10,000 - RM 50,000 >RM 50,000 - RM 100,00 |
Tempoh Bayaran Balik: Skim Pembiayaan Kecil (SPK) Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) | Sehingga 5 tahun Sehingga 10 tahun |
Sumbangan Tabung Pengurusan | 4% setahun |
Simpanan wajib | 5% setahun |
- Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online)
- Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
- Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
- Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa
- Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan
Dokumen Asas :
Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
- Lesen/Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
- Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan/akaun Semasa yang mengandungi nama/syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
- Dokumen tambahan (jika berkenaan)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda