Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 14/01/2025

  • Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan PKS Bumiputera yang berpotensi ke arah persediaan produk ke pasaran eksport / antarabangsa. 
  • Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan SME Corporation Malaysia
  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.
PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Modal Pusingan 
  • Pembelian Mesin dan Peralatan 
  • Installation & ICT Adoption 
  • Ubah suai Premis/Kilang 
  • Promosi dan Pengiklanan di Luar Negara
Had Pembiayaan
  • RM2,500,000
Tempoh Pembiayaan
  •  10 tahun @ 120 bulan
Jaminan/Cagaran
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon. 

     

    Atau 

     

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon. 

     

    Atau 

     

  • Simpanan: Tetap Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan 

     

    Atau 

     

  • Gabungan ketiga-tiganya sekali 
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan
  • 2% (Kadar Tetap)

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MARA

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Telipon

TELEFON

03-2613-2000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda