Tabung Bencana Pertanian (TBP)
Terakhir dikemas kini pada
03/03/2025
- Tabung Bencana Pertanian (TBP) adalah sebuah program yang ditubuhkan untuk memberikan bantuan kewangan kepada petani, penternak, dan nelayan yang mengalami kerugian akibat bencana alam.
- Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas dengan mengimbangi semula kerugian yang dialami, terutamanya dalam sektor pertanian, penternakan, dan perikanan.
- Melalui tabung ini, mereka yang terlibat boleh memohon bantuan bagi tujuan pembaikan infrastruktur, pembelian peralatan, atau bantuan untuk mengurangkan kerugian akibat kemusnahan hasil atau ternakan disebabkan oleh bencana seperti banjir, kebakaran, ribut, atau lain-lain kejadian yang tidak dijangka.
- Senarai Semak Keperluan Bagi Permohonan Kerosakan / Kerugian Akibat Bencana Alam Di Bawah Tabung Bencana Pertanian (TBP)
- Gambar / Video yang Berkaitan dengan Kejadian Bencana
- Gambar / Video kerosakan kandang/infrastruktur, makanan ternakan / peralatan / mesin, dan sebagainya
- Gambar kematian ternakan (post-mortem diwajibkan bagi mengetahui punca kematian)
- Laporan Polis / Bomba (Kebakaran): Satu laporan untuk satu kawasan / kerosakan/kerugian
- Salinan Kad Pengenalan: Gambar depan dan belakang yang jelas
- Isi Borang Banci Kerosakan / Kerugian: Maklumat Bahagian A dan B diisi dengan lengkap (Dapatkan pengesahan Ketua Kampung / Penghulu / Wakil Rakyat)
- Hantar borang yang telah lengkap diisi bersama Laporan Polis, salinan kad pengenalan pemohon dan gambar / video yang berkaitan bencana ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) yang berdekatan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda