Program Saringan Kanser Serviks
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 01/03/2025

  • Program Saringan Kanser Serviks adalah bantuan subsidi di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi wanita yang berkelayakan bertujuan untuk menggalakkan golongan wanita untuk melakukan pengesanan awal melalui ujian HPV DNA bagi mencegah berlakunya kanser serviks.
  • Ujian HPV DNA merupakan kaedah baharu bagi pengesanan awal kanser serviks yang lebih berteknologi tinggi di mana dengan mengambil sampel DNA pada bahagian vagina boleh mengesan jangkitan HPV berisiko tinggi sebelum ia bertukar menjadi sel-sel pra kanser dan kanser serviks. 

  • Wanita akan dibekalkan dengan kit ujian HPV DNA dan mereka boleh mengambil sampel menggunakan kaedah persampelan sendiri atau dengan bantuan Jururawat di klinik. Saringan ujian HPV DNA ini diberikan secara PERCUMA kepada wanita yang berkelayakan.

 

Nota : Ujian HPV DNA boleh dilakukan secara rutin 5 tahun sekali sekiranya keputusan normal

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah LPPKN

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Telipon

TELEFON

+603-2613 7555

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda