i) Program Sokongan Pemulihan Pembelajaran
Program ini mensasarkan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 yang berada di dalam kelas pemulihan khas dan belum menguasai kemahiran asas 3M. Program ini melibatkan beberapa intervensi utama seperti literasi dan numerasi, pembinaan kompetensi guru, pemberian bahan bantu mengajar dan geran kecil. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid tidak menguasai kepada menguasai. Pengukuran perkembangan murid adalah berdasarkan kemahiran pemulihan khas.
ii) Program SPM 2024 dan 2025
Calon SPM 2024 dalam kategori berisiko cicir akan menyertai program pecutan SPM berfokus kepada mata pelajaran wajib lulus (BM dan Sejarah) dan subjek wajib bagi kemasukan univeristi (Matematik), manakala calon SPM 2025 dalam kategori berisiko cicir akan menyertai program khas peningkatan pencapaian bagi mata pelajaran wajib lulus SPM, program peningkatan keyakinan murid dan program hala tuju selepas SPM. Program ini akan dilaksanakan melalui kelas "Hybrid" di makmal komputer sekolah menggunakan komputer/ tablet bagi Pecutan SPM 2024 dan Tuisyen SPM 2025.
iii) Program Intervensi dan Sokongan Murid Cicir
- Program intervensi dan sokongan murid cicir secara berfokus bertujuan membantu murid cicir kembali ke sekolah. Intervensi dan sokongan diberi berdasarkan permasalahan murid secara individu. Program ini memastikan murid kembali ke sekolah sehingga tamat persekolahan.
Bil | Program | Bentuk Bantuan |
1 | Program sokongan pemulihan pembelajaran | - Penggunaan teknologi pendidikan melalui aplikasi dan kandungan digital
- Alat bantu mengajar seperti tablet dan modul khusus serta pedagogi berteraskan gamifikasi
- Pembantu guru di dalam kelas
- Geran kecil untuk sekolah sehingga RM5,000 untuk melaksanakan intervensi yang sesuai dengan keperluan murid dan komuniti setempat
- Pembinaan kapasiti guru melalui latihan dan bimbingan
|
2 | Program SPM 2024 dan 2025 | - Penglibatan guru pakar dalam kelas "Hybrid"
- Guru sokongan untuk membimbing pelajar di makmal komputer sekolah
- nota tambahan akan disebarkan melalui aplikasi digital
|
3 | Program intervensi dan sokongan murid tercicir | - Pemberian bantuan mengikut keperluan seperti pengangkutan, alat tulis, beg sekolah, baucar makanan
- Sesi kaunseling (jika berkenaan)
- Sokongan dan galakan untuk anak-anak kekal di sekolah
|
- Pemilihan murid untuk program ini adalah berdasarkan kepada kaedah sasaran data Kementerian Pelajaran Malaysia yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk program ini.
- Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga bagi murid yang dicalonkan dalam program tersebut
- Tiada permohonan perlu dikemukakan kerana pemilihan murid untuk program ini adalah berdasarkan kepada kaedah sasaran data Kementerian Pelajaran Malaysia yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk program ini.