Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
SME Technology Transformation Fund (STTF) adalah program pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam semua sektor ekonomi untuk penggunaan digital dan/ atau mengaplikasi IR4.0 dalam operasi perniagaan mereka bagi mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses serta pengurusan kos dan meningkatkan penembusan pasaran.
Tujuan pembiayaan adalah bagi pembelian peralatan dan/ atau mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkihidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan dan produktivit.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Sektor pembiayaan |
|
Kadar pembiayaan |
|
Had pembiayaan |
|
Margin pembiayaan |
|
Tempoh pembiayaan |
|
Semua PMKS seperti yang difenisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan yang memenuhi kriteria berikut:
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa/ pejabat daerah (Sabah & Sarawak), atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional
Pegangan saham oleh syarikat tersenarai awam atau syarikat berkaitan kerajaan (sekiranya ada) tidak melebihi 20%
Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia
Semua PKS di dalam sektor perkhidmatan & perkilangan layak untuk memohon
Telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun
Kedudukan kewangan yang solven
Tiada tindakan undang-undang terhadap Syarikat atau mana-mana pengarah syarikat/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/penjamin di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan ini.