Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024
Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Syarat Kelayakan:
i. Individu yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
ii. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas.
iii. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2).
Nota: Bayaran tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:
i. Salinan MyKad
ii. Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan
Bagi yang bekerja:
i. Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bagi yang bekerja sendiri:
i. Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bagi pesara:
i. Pesara kerajaan - slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
ii. Pesara swasta - borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bagi pelajar:
i. Kad Pelajar; dan
ii. Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
iii. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2)
Pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR setelah permohonan disemak dan diluluskan untuk menikmati insentif yang ditawarkan bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan.
Kod QR tersebut sah untuk diguna pakai dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan. Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah.
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected]