- Sejati Madani merupakan inisiatif baharu kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak
- Geran bagi komuniti untuk lima (5) sektor ekonomi iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.
Sektor | Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan |
Pertanian dan makanan | - Sistem Kepadatan Padi (SRI)
- Pembuatan Baja Organik
- Perniagaan berkonsepkan karavan/ trak makanan
- Penanaman cili fertigasi/ cendawan hidroponik
- Pembuatan kerepek dan kudapan tradisional
- Prodeuk sejuk beku
- Penjualan makanan berkonsepkan carboot sales
- Perikanan dan penternakan
- Penjualan hasil hidupan laut segar dan sejuk beku
- Penternakan ayam pedaging
|
Jahitan dan kraftangan | - Pembuatan tembikar tradisional
- Penghasilan kraf batik lukis/ digital/ ikat celup
- Kraf jahitan beg anyaman buluh/ rotan dan batik
- Menjahit pakaian/ barangan sulaman
- Penghasilan produk daripada tekatan benang emas/ tembaga
- Pembuatan seramik studio, seramik arca dan seramik industri
- Produk anyaman buluh/ pandan/ mengkuang/ ribu-ribu
- Produk ukiran kayu seperti pembuatan permainan berasaskan kayu. Contohnya set catur dan congkak
- Jahitan yang menghasilkan produk seperti pelitup muka, selendang, kain pasang, beg, alas meja dan sarung kusyen
- Penghasilan senjata berasaskan logam
- Batik soft toy
- Kraftangan berasaskan manik
- Jahitan cadar/ sarung bantal daripada kain terpakai
|
Herba dan Kesihatan | - Penanaman tanaman herba
- Pengkormersialan produk bunga telang (herba)
- Perkhidmatan urutan tradisional/ spa
- Program sistem pengairan automatik taman herba
- Pembuatan sabun daripada herba-herba sunnah
|
Pelancongan dan Hospitaliti | *Homestay mestilah yang dikendalikan oleh komuniti, bukan individu |
Aktiviti Hijau dan Kitar Semula | - Pengurusan Sisa Mampan
- Projek upcycling
- Projek kitar semula minyak masak terpakai menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin
- Penghasilan buku kitar semula
- Membuat beg menggunakan baju terpakai
- Penjualan perabot rumah berunsurkan bahan kitar semula
- Penghasilan produk berunsurkan tempurung kelapa (barangan dapur)
|
Komuniti yang LAYAK memohon
Permohonan yang TIDAK LAYAK
- Aktiviti pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti pembinaan, pengubahsuaian dan baik pulih bangunan, jalan, perparitan dan lain-lain;
- Program yang dimiliki oleh individu;
- Program yang tidak menepati skop Program SejaTi MADANI; dan
- Program yang boleh menimbulkan isu sensitif berkaitan agama dan kaum.
Tatacara permohonan Program SejaTi MADANI
Langkah 1 : Permohonan ID Sistem
- Layari pautan sistem
- Isi maklumat yang diperlukan
- Muat naik dokumen
- Sijil pelantikan Pengerusi/ JPKK/ MPKK/ JPKKP/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah/ Tok Batin; atau
- Surat Pengesahan Komuniti (Lampiran 1 - Surat pengesahan Komuniti); dan
- Penyata bank
- Pemohon akan menerima ID serta merta melalui emel yang diisi sewaktu membuat permohonan ID
Langkah 2: Permohonan Dana
- Tukar kata laluan bagi log masuk kali pertama
- Isikan borang permohonan baharu
- Hantar permohonan
- Permohonan berstatus 'baharu'
- Permohonan akan diproses sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan diterima
- Dokumen yang perlu dimuat naik:
- Lampiran 2 - Carta perbatuan
- Lampiran 3 - Cabutan minit
- Lampiran 8 - Laporan pelaksanaan
Langkah 3: Semakan Status Permohonan
- Terima notifikasi status permohonan melaui email
- Status 'berjaya'. Pemohon perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan
- Status 'ditolak'. Pemohon boleh mengemukakan permohonan baharu
- Peruntukan akan disalurkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas PPN menerima Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) daripada Pengerusi Komuniti