Program Pembangunan Mampan dan Peralihan
Terakhir dikemas kini pada
05/03/2025
- Program Pembangunan Mampan dan Peralihan merupakan sebuah program yang disediakan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Belanjawan 2025 untuk syarikat sendirian berhad, syarikat awam dan koperasi bertujuan menyokong usaha lestari dalam sektor teknologi dan/ atau projek yang memfokuskan pada kemajuan ekonomi hijau dengan membantu malaysia melakukan peralihan ke masa depan yang rendah karbon dan lestari selaras dengan SDG UNDP, dalam bidang selain tenaga seperti pembangunan lestari, ekonomi kitaran dan pembiayaan peralihan.
Ciri-ciri utama | keterangan |
Tempoh permohonan | - 1 Januari 2025 - 31 Disember 2030
|
Margin pembiayaan | - Sehingga 80% daripada jumlah kos projek
|
Jumlah pembiayaan | - Minimum: RM20 juta
- Maksimum: Sehingga RM100 juta
|
Kemudahan yang ditawarkan | - Pembiayaan berjangka/ bertempoh
- Kemudahan pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja)
- Jaminan kewangan untuk penerbitan sukuk/ bon
- Untuk susuan sindikasi/ perjanjian klub
|
Kelayakan:
- Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi
- Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Terlibat dalam mana-mana inisiatif 17 matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dinyatakan ileh UNDP
- Mampu menunjukkan pembangunan ekonomi hijau yang boleh diukur dan sokongan berterusan kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda