Kad Perjalanan BAS.MY
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025

  • Kad Perjalanan BAS.MY merupakan inisiatif di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) yang menawarkan perkhidmatan bas awam dengan kos lebih murah, mudah dan inklusif. Melalui Kad 30 Hari (tambang tanpa had) dan Kad Konsesi (untuk pelajar, warga emas serta OKU), rakyat dapat menikmati penjimatan kos, akses mobiliti yang lebih baik, serta sokongan terhadap penggunaan pengangkutan awam yang selesa dan selamat.
  • Jenis kad dan kegunaan:
Kad 30 Hari
  • Pas perjalanan bernilai RM50 untuk penggunaan perkhidmatan BAS.MY tanpa had selama 30 hari.
Kad Konsensi
  • Pas perjalanan tambang percuma BAS.MY untuk pelajar, warga emas, OKU & mahasiswa

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) & Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda