Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
Tiada Permohonan Diperlukan
Terakhir dikemas kini pada
06/01/2025
- Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).
Antara manfaat PeKa B40 yang boleh dinikmati adalah:
i. Saringan Kesihatan PERCUMA
ii. Bantuan Alat Perubatan hingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
iii. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sekitar RM1,000
iv. Insentif Tambang Pengangkutan hingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat ii dan / atau iii)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth
Syarat Kelayakan:
i. Tiada permohonan diperlukan.
ii. Kelayakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas
- Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40:
- Langkah 1 : Semakan Kelayakan
- Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yand boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan
- Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik
- Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM
Sila rujuk senarai klinik di bawah skim ini melalui senarai di laman rasmi PeKa 40
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda