Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Terakhir dikemas kini pada
03/03/2025
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.
Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan bagi setiap penerima.
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
iii. Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
- Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan; atau
- Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan
v. Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
vi. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar/ Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam siasatan (Contoh: Pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian)
vii. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan
- Pendapatan merujuk kepada hasil pencen / PERKESO / bantuan Baitulmal dan lain-lain. Manakala umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran
Nota: Sumber kewangan seperti pencen / perkeso / bantuan dan lain-lain Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara Kad OKU
- Surat / memo pengesahan ketidakupayaan dari Pakar / Pegawai Perubatan Kerajaan / Swasta yang berdaftar / Laporan siasatan Pegawai JKM yang menunjukkan pemohon tidak berupaya bekerja;
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Surat pengesahan pendapatan (pencen / PERKESO / bantuan Baitulman dan lain-lain); atau
- Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri)
- Salinan Penyata akuan bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga serta menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronikUntuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit kronik terlantar (BPT)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P)
Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) adalah sebuah bantuan pekerjaan dan pendapatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi golongan orang kurang upaya yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bertujuan untuk mendapatkan pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan untuk tempoh satu (1) tahun sahaja.Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahunPerniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi mestilah terdiri daripada kategori OKU sahaja) menggunakan nama tred – RM60 setahunCetakan maklumat – RM10Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Skim 1 OKU 1 Perniagaan(S1O1P)