Terakhir dikemas kini pada 04/02/2025
Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak.
ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM) | UMUR |
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
ii. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa: atau
iv. Keluarga / penjaga dan anak / kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu / bapa mereka / penjaga / saudara-mara / lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa:
v. Anak / kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu / bapa bukan warganegara / diisytiharkan bankrap atau muflis / ibu / bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
vi. Anak / kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) / Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK
vii. Anak / kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK; atau
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL)
Nota: Pengiraan umur kanak-kanak sekolah adalah berasaskan tahun kelahiran dan perubahan kadar BKK adalah hanya berlaku semasa proses kaji semula
Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah;
1. Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu / bapa / penjaga
2. Bagi kes ibu / bapa / penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu / bapa / penjaga yang tidak muflis / OKU Mental; dan
Nota: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan (Lampiran 4) boleh dirujuk di pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat.
Nota: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.