Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Syarat Kelayakan:
i. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
ii. Pelajar sedia ada / baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:
FASA | STATUS PELAJAR | TEMPOH PELAKSANAAN |
1 | Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing 30 September 2024 | Mulai 1 Januari 2025 |
2 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 December 2024 | Mulai 1 April 2025 |
3 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025 | Mulai 1 Julai 2025 |
iii. Tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 13 Januari 2025 hingga 31 Ogos 2025
iv. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan)
v. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly
vi. Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025 dan
vii. tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 December 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;
i. Malaysia Airlines Berhad / FireFly / MASwings: Klik di sini untuk semak panduan tempahan (Booking Guide)
ii. AirAsia: Klik di sini untuk semak tatacara melalui Chat with Bo; atau
iii. Batik Air Malaysia: Klik di sini untuk semak tatacara melalui How to Redeem.
Harga tiket | Jumlah dibayar Kerajaan | Jumlah dibayar pelajar | Baki nilai baucar | |
RM400 (Nilai asal) | ||||
Tiket 1 (Kuala Lumpur-Kuching sehala) | RM300 | RM300 | RM0 | RM100 |
Penjelasan: Pelajar A diberi baucar RM400. Beliau membeli Tiket Kuala Lumpur - Kuching (Tiket 1) pada harga RM300 menggunakan baucar. Baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain. | ||||
Tiket 2 (Kuching-Kuala Lumpur sehala) | RM150 | RM100 | RM50 | RM0 |
Penjelasan: Pelajar A membeli satu lagi tiket iaitu Kuching - Kuala Lumpur (Tiket 2) pada harga RM150. Beliau menggunakan baucar dengan nilai baki RM100 manakala RM50 lagi dibayar oleh beliau | ||||
Jumlah | RM450 | RM400 | RM50 |
Pelajar disarankan untuk berhubung terus bersama syarikat penerbangan sekiranya pertanyaan atau aduan tersebut mengenai tiket penerbangan dan permohonan baucar di syarikat penerbangan seperti berikut:
i. Malaysia Airlines Berhad / Firefly / MASwings: Sila klik di sini untuk membuat sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Malaysia Airlines melalui pautan borang maklum balas. Pelajar perlu memilih "Enquiry" untuk "Type", "General" untuk "Area" dan "Others" bagi "Category".
ii. AirAsia: Sila klik di sini untuk membuat sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada AirAsia melalui saluran 'AskBo' di laman sesawang AirAsia dengan memilih butang pintas 'FLYsiswa
iii. Batik Air Malaysia: Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Batik Air Malaysia, boleh dibuat terus melalui e-mel kepada [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim