Program Infrastruktur Digital dan Sektor Berimpak Tinggi
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi merupakan sebuah program yang disediakan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Belanjawan 2025 untuk mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor-sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
  • sektor-sektor pertumbuhan baharu dan sektor-sektor berimpak tinggi di bawah NIMP 2030 merangkumi projek-projek untuk: 
    • Mengautomasikan / mendigitalisasi proses perniagaan menggunakan AI, Blockchain 
    • Infrastruktur digital 
    • Sektor-sektor pertumbuhan baharu seperti farmaseutikal, aeroangkasa, kimia dan peranti perubatan 
    • Industri yang menambah nilai tinggi seperti semikonduktor, reka bentuk kejuruteraan, pertanian (pertanian pintar)

 

Tempoh Ketersediaan 

  • 1 Januari 2025 - 31 Disember 2030

Jumlah pembiayaan

  • RM20 juta sehingga RM100 juta* 

Tujuan & tempoh pembiayaan**

  • Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga 15 Tahun
  • Perbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 Tahun

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 80% daripada jumlah kos projek***

Kemudahan ditawarkan

  • Pembiayaan Berjangka / Bertempoh 
  • Kemudahan Pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja) 
  • Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon 
  • Untuk susunan sindikasi / perjanjian klub

Kadar pembiayaan 

  • Projek Kerajaan**** 
    • Kos Dana ("Cost of Fund") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
  • Projek Komersial**** 
    • Kadar Pembiayaan Asas ("Base Financing Rate") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
  • Jaminan Kewangan Yuran Jaminan
    • Subsidi sebanyak 1.0% setahun

*Permohonan untuk jumlah pembiayaan yang lebih tinggi boleh dihantar untuk semakan lanjut oleh pihak Bank. Jumlah yang diluluskan secara muktamad adalah berdasarkan penilaian kredit. 

** Untuk pembiayaan dengan kemudahan pusingan, dihadkan kepada tempoh maksimum 3 tahun. 

*** Bagi pembiayaan dengan kemudahan pusingan, margin pembiayaan maksimum adalah 30% daripada jumlah kos projek atau 85% daripada setiap tuntutan / invois progresif mengikut keperluan aliran tunai, mana yang lebih rendah. 

**** Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda