Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) adalah sebuah geran padanan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) bagi menyemarakkan program / aktiviti / acara sosial, budaya dan warisan ke arah penganjuran kempen Tahun Melawat Malaysia Tahun 2026.

 

  • Permohonan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2025 telah dibuka mulai 15 Januari 2025 hingga 30 November 2025, tertakluk kepada peruntukan semasa.

 

  • Bentuk program / aktiviti / acara seni, budaya dan warisan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

    i. Pameran / Ekspo / Festival;

    ii. Pementasan / Persembahan / Konsert;

    iii. Pertandingan

    iv. Persidangan / Seminar / Bengkel / Simposium / Kolokium;

    v. Penerbitan / Rakaman / Pendokumentasian / Pendigitalan; dan 

    vi. Program-program lain seumpamanya yang diperaku oleh MOTAC

     

  • Bidang-bidang seni, budaya dan warisan seperti dinyatakan dalam Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) seperti berikut:

    i. Warisan:

    • Bahasa dan kesusasteraan
    • Gastronomi
    • Seni mempertahankan diri
    • Perayaan dan festival
    • Kraf tangan
    • Busana Tradisional
    • Pertukangan
    • Penulisan

     

    ii. Seni:

    • Seni visual seperti catan, karya atas kertas, arca, objek seni dan media baru
    • Seni persembahan seperti musik, tari dan teater sama ada tradisional atau kontemporari

     

    iii. Media:

    • Dokumentari cetak dan elektronik seperti buku, akhbar dan lain-lain penerbitan;
    • Audio visual pendek untuk tujuan promosi perlancongan, seni budaya dan warisan 
    • Contoh: 
      • Senarai Objek Warisan: 

        i. Objek Warisan Ketara

        ii. Objek Warisan Tidak Ketara

      • Pengiktirafan Peringkat Dunia:

        i. Tapak Warisan Dunia (World Heritage Sites - WHS)

        ii. Warisan Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritage - ICH)

        iii. Pengiktiraf Dokumentari dan Dokumentasi Warisan (Memorial of the World - MoW)

      • Lain-lain kandungan yang berkaitan seni, budaya dan warisan

     

    iv. Penciptaan:

    • Rekaan seperti busana, fesyen, kraf, aksesori dan rekaan dalaman (elemen seni, budaya dan warisan tempatan)

 

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC)
Telipon

TELEFON

03-8891-7399 / 7537 / 7372 / 7094

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda