Skim Pembiayaan Pembelian Premis Perniagaan (SPiM Premis)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025

  • Skim Pembiayaan Pembelian Premis Perniagaan (SPiM Premis) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan memiliki bangunan sendiri serta menambah pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Pembelian premis perniagaan seperti berikut:

    i. Kedai / Rumah Kedai

    ii. Lot Ruang Niaga. Lot Komersil / Kilang

    iii. Lain-lain jenis premis yang layak digunakan untuk perniagaan mengikut panggilan semasa

Had Pembiayaan
  • Had maksimum pembiayaan adalah 95% daripada kos pembelian premis. Manakala baki 5% perlu disumbang oleh pemohon
  • Pemohon yang berstatus perniagaan milikan tunggal / perkongsian, had maksimum pembiayaan ialah RM1,000,000
  • Pemohon yang berstatus Syarikat Sendirian Berhad, had maksimum pembiayaan ialah RM2,000,000
Tempoh Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan atau bayaran balik adalah sehingga 20 tahun dan umur pemohon tidak lebih dari 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
Jaminan/Cagaran
  • Cagaran ke atas premis yang hendak dibeli 
  • Pemohon dikehendaki mengambil insuran MRTT dan insuran kebakaran bagi premis yang dibeli.
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan4%

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MARA

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Telipon

TELEFON

03-2613-2000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda