Rebat Bil Elektrik RM40
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 20/08/2025

  • Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah bantuan kerajaan secara bersasar di bawah Belanjawan 2025, disalurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Ia dikhususkan untuk Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan telah berdaftar serta disahkan dalam sistem eKasih. Bantuan ini membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40.
  • Program ini telah dikemas kini pada 24 Mei 2025 dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025.
  • Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga maksimum RM40 sebulan dan sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja. Sila rujuk jadual di bawah:

Kaedah

Bil Elektrik Bulanan Sebelum Rebat (RM)

Ditolak Rebat (RM)

Baki Bayaran oleh Pengguna (RM)

Contoh 1

64.90

(40.00)

24.90

Contoh 2

42.50

(40.00)

2.50

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan klik di sini

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Telipon

TELEFON

03-8000-8000

1-300-88-5454
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda