Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ialah inisiatif yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau insiden semasa menjalankan tugasan berkaitan rumah tangga. 
  • Skim ini memberi perlindungan sekiranya berlaku:

    i. Kecederaan atau bencana domestik sama ada di dalam atau di luar rumah, semasa menguruskan rumah tangga; 

    ii. Penyakit atau keuzuran yang menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan, yang diperakui oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 

  • Penyertaan dalam skim ini adalah secara sukarela, dan ditawarkan sebagai usaha menyokong kesejahteraan suri rumah yang sering terdedah kepada risiko semasa melaksanakan tanggungjawab harian
  • Faedah caruman SKSSR:

i. Caruman sebanyak RM120 yang perlu dibayar terlebih dahulu (in advance) bagi tempoh 12 bulan berturut-turut.

ii. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

iii. Sekiranya seorang suami memilih untuk membuat caruman untuk isterinya, prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi memastikan suri rumah mendapat perlindungan yang berterusan.

iv. Jika suami tidak berupaya untuk meneruskan caruman disebabkan hilang pendapatan dan sebagainya, PERKESO perlu dimaklumkan dalam tempoh 60 hari sebelum tamat tempoh caruman sedia ada

  • Faedah perlindungan bencana domestik:
Faedah Perubatan
  • Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan (tertakluk kepada Akta Fi 1951) dan layanan pesakit luar di hospital, dispensari, klinik atau institusi lain. Kemasukan ke wad dengan kelayakan wad kelas kedua Hospital Kerajaan.
Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Apa-apa hilang upaya kekal yang disebabkan oleh bencana domestik, yang mengurangkan keupayaan suri rumah berinsurans untuk menguruskan rumah tangga dan ditaksirkan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran pukal sehingga RM30,000 bagi satu tempoh caruman mengikut jenis kecederaan.
Elaun Layanan Sentiasa
  • Bayaran sebanyak RM250 sebulan kepada suri rumah yang berhak kepada faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran jika dan selagi suri rumah tidak upaya secara teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain. Faedah ini akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Pembiayaan sehingga RM50,000 dalam satu tempoh caruman jika suri rumah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan dan disyorkan memerlukan kemudahan pemulihan jasmani seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat dan lain-lain. Rawatan bagi dialisis ialah sebanyak RM 200 setiap bulan atau menurut Akta Fi 1951
Pencen Penakat
  • Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 
  • Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.
  • Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.
  • Faedah perlindungan keilatan:
Elaun Keuzuran
  • Bayaran secara bulanan sebanyak RM300 jika suri rumah berinsurans disahkan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan menghidap keilatan akibat sesuatu keuzuran yang berkekalan sehingga tidak lagi berupaya melaksanakan sebahagian besar aktiviti menguruskan rumah tangganya. Faedah ini akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Elaun Layanan Sentiasa
  • Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Elaun Keuzuran atau Faedah Hilang Upaya Kekal akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain. 
  • Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
Faedah Pengurusan Mayat
  • Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, bayaran faedah pengurusan mayat sebanyak RM3,000 sekali sahaja akan dibayar kepada orang tanggungan yang layak atau pihak yang menanggung perbelanjaan pengebumian.
Pencen Penakat
  • Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 
  • Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun. 
  • Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Telipon

TELEFON

1-300-22-8000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
i-Suri
i-Suri ialah sebuah insentif oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas daripada Kerajaan. Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.Had caruman minimum RM1.00 (tertakluk kepada saluran pembayaran) adalah Had maksimum adalah sehingga RM100,000 setahun (Had maksimum terkumpul bagi caruman sukarela (caruman pilihan sendiri, caruman i-saraan, caruman i-suri dan caruman penambahan simpanan akaun persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun)Kaedah Pembayaran:Aplikasi Mudah AlihPembayaran secara elektronik melalui aplikasi mudah alih KWSP i-AkaunPerbankan InternetPembayaran secara elektronik melalui:Alliance BankBank IslamBank MuamalatBSNCIMB BankHong Leong BankKuwait Finance HouseMaybankMBSBPublic Bank RHB BankAmbankEjen Bank BerdaftarPembayaran secara elektronik tunai melalui bank Bank (EB) BSNKaunter Ejen BankPembayaran secara tunai / cek di kaunter Ejen Bank:BSNMaybankPublic BankRHB (Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja) Nota : Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2) Peringatan :Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank:Bayaran hendaklah dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan PekerjaSila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakangPejabat KWSPPembayaran secara tunai (maksimum RM500) / cek / draf bank / wang pos boleh dibuat di kaunter peresitan Pejabat KWSP berikut:KWSP Shah AlamKWSP  Kuala LumpurKWSP IpohKWSP Seberang JayaKWSP Alor StarKWSP KangarKWSP Johor BahruKWSP MuarKWSP MelakaKWSP SerembanKWSP KuantanKWSP Kuala TerengganuKWSP Kota BharuKWSP Kota KinabaluKWSP Kuching Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP Nota : Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2) Peringatan :KWSP tidak menggalakkan ahli membuat pembayaran secara tunai untuk jumlah yang besar di kaunter Pejabat KWSP. Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank: Bayaran hendaklah dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan PekerjaSila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakangPasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) Pembayaran secara elektronik melalui Kad DebitAmaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar Nota : Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatanNota : Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 
Permohonan Dibuka
i-Saraan
i-Saraan adalah satu skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 yang membolehkan individu yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela bagi tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak Kerajaan FaedahPerkaraInsentif KhasMenerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasaHad insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaanPelepasan CukaiTertakluk kepada terma dan syarat LHDNDividen TahunanMenikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan andaBantuan KematianTertakluk kepada terma dan syarat KWSPUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi i-Saraan atau Risalah i-Saraan