Terakhir dikemas kini pada 16/01/2025
Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:
i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun
Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini
ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur:
i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan
ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun
iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun
45 penyakit kritikal terbahagi kepada 9 kumpulan seperti di bawah:
i. Kanser
ii. Keadaan berkaitan Jantung
iii. Otak, Saraf dan Otot
iv. Mata, Telinga dan Pertuturan
v. Keadaan berkaitan Hati
vi. Keadaan berkaitan Buah Pinggang
vii. Keadaan berkaitan HIV
viii. Lain-lain jenis penyakit kritikal
ix. Penyakit Terminal (membawa maut)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam
|
Tahun | 2024 | 2025 |
Tempoh kelayakan | 1 Januari 2024 - 31 Disember 2024 | 1 Januari 2025 - 31 Disember 2025 |
Tempoh Penyerahan Tuntutan | 1 Januari 2024 - 30 Jun 2025 | 1 Januari 2025 - 30 Jun 2026 |
Sila rujuk ilustrasi di bawah:
i. Encik A adalah penerima mySalam bagi tahun 2024. Beliau menerima notifikasi yang memaklumkan kelayakan beliau pada 1 Disember 2024. Beliau layak untuk menuntut jumlah tuntutan sebanyak RM8,000 dibawah Manfaat Penyakit Kritikal atau sehingga RM700 bagi Manfaat Hospitalisasi bagi tahun 2024.
ii. Encik A perlu menyerahkan tuntutan ini kepada mySalam sebelum 30 Jun 2025.
iii. Sebarang tuntutan bagi perlindungan pada tahun 2024 yang diterima selepas 30 Jun 2025 tidak akan diterima dan diproses.
Pemohon diminta untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan secara atas talian, melalui laman rasmi mySalam
Dokumen wajib yang diperlukan:
Manfaat Hospitalisasi:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Surat Discaj yang mengandungi maklumat berikut:
Nota: Pembayaran RM50 sehari bagi kemasukan wad di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera yang tersenarai di laman web mySalam untuk maksimum 14 hari setahun.
Peringatan: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menerima manfaat ini.
Manfaat Penyakit Kritikal:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI:
Nota: Pembayaran RM 8,000 sekali seumur hidup apabila disahkan menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Peringatan: Kecederaan yang dilakukan sendiri, peperangan / rusuhan, keganasan / pelanggaran undang-undang dan peristiwa berlaku sebelum tarikh berkuatkuasa dikecualikan untuk menerima Manfaat Penyakit Kritikal
Sila rujuk kepada tatacara untuk menghantar permohonan tuntutan Skim mySalam.