Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) adalah sebuah Geran padanan MyCIF di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi syarikat pemula & PMKS yang berjaya mengumpul dana melalui kaedah Equity Crowd Funding & P2P bertujuan untuk memperkasa pembiayaan alternatif

  • Objektif dana ini adalah bagi:  

     

  1. Mewujudkan sebuah mekanisma perkongsian awam-swasta untuk pembiayaan modal berisiko

  2. Mencipta saluran yang cekap dan efektif untuk mengagihkan dana Kerajaan kepada PMKS

  3. Menarik pelabur swasta dan mendorong pertumbuhan di pasaran pembiayaan alternatif

     

  • MyCIF juga menyediakan Skim Perusahaan Sosial MyCIF untuk menyediakan peluang untuk melabur bersama dalam Perusahaan Sosial melalui kempen P2P yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

  

 

PMKS (ECF)  

PMKS (P2P)  

Perubahan Sosial (P2P)  

Nisbah Pelaburan   

1:4  

1:4  

1:1  

Pelaburan Maksimum  

RM 1 juta  

RM 1 juta   

RM 500,000  

 

  1. Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:4, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM4 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF; dan  

  2. Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:1, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM1 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)​
Telipon

TELEFON

+603-6204-8000​

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
BNM - Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
Objektif inisiatif ini adalah untuk menyokong perusahaan mikro termasuk pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan pekerja yang bekerja sendiri. Manfaat MEF:  Modal kerja; dan/atau; Perbelanjaan modal  Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi BNM* atau Risalah MEF *Nota: Sila pilih tetapan bahasa BM untuk paparan Bahasa Melayu Nota: Pembiayaan perlu digunakan untuk tujuan perniagaan dan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/ pembiayaan yang sedia ada. 
Permohonan Dibuka
Dana Kemampanan PMKS Bumiputera 2.0
Dana Kemampanan PMKS Bumiputera 2.0 ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk keperluan modal kerja dan pembelian aset bagi meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing.Perkara Penerangan Tempoh PelaksanaanSehingga 31 Disember 2025Kadar Keuntungan 5.0% setahunAmaun Pembiayaan Minimum: RM100,000Maksimum: RM3.0 jutaJaminanJaminan pembiayaan oleh SJPP atau CGC Tempoh PembiayaanSehingga 7 tahun (dengan tempoh penangguhan sehingga 6 bulan)