Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023
Skim Pembiayaan Mudah Bagi Automasi & Pemodenan (SFSAM) adalah sebuah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) kepada perusahaan tempatan yang terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan perkhidmatan (MRS) bagi menyokong automasi dan modenisasi proses pembuatan.
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan | RM50,000 sehingga RM20,000,000. |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 25 tahun |
Margin Pembiayaan | Sehingga 100% |
Kadar Pembiayaan |
|
Skop Pembiayaan |
|
Berdaftar dengan SSM atau mana-mana badan berkanun yang berkaitan dan memiliki lesen perniagaan yang sah;
Mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti yang dipegang oleh warganegara Malaysia;
Perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun;
Bagi syarikat baharu yang beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan dengan pengarah / pemegang saham / pengurusan utama yang mempunyai pengalaman 5 tahun dalam industri yang sama atau bidang yang berkaitan.
Permohonan pembiayaan boleh dikemukakan secara atas talian di pautan SFSAM.