Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024
Skim Subsidi Diesel & Petrol Nelayan adalah sebuah skim oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Belanjawan Belanjawan 2024 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran. Subsidi diesel & petrol bagi nelayan kelas tertentu pada RM1.65 / liter dengan kuota 840j liter / tahun bertujuan untuk meringankan beban nelayan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Syarat Kelayakan :
i. Memiliki Mykad (Biru),
ii. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, atau
iii. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Menangkap Ikan oleh Jabatan Perikanan Sabah.
Pemilik Vesel Individu / Syarikat diwajibkan berdaftar dengan LKIM di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) melalui eNelayan Management System dengan mengemukakan dokumen seperti :
i. Salinan MyKad pemilik Vesel
ii. Gambar pemohon
iii. Gambar Vesel
iv. Salinan Lesen Vesel dan perkakasan yang masih sah tempoh
v. Salinan Sijil Pemeriksaan Vesel
vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Untuk info lanjut, sila rujuk Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) mengikut negeri.