Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2024 bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut, sila Laman Rasmi Bantuan Warga Emas (BWE)
Syarat Kelayakan :
Warganegara yang bermastautin di Malaysia
Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
Nota : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut :
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (Ibu Pejabat)