Skim Subsidi Harga Padi (SSHP)
Terakhir dikemas kini pada
21/11/2024
- Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) merupakan skim subsidi yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pesawah dan membantu mengurangkan beban kos sawah.
- Berkuatkuasa pada 9 Ogos 2023, Kerajaan telah menaikkan kadar SSHP daripada RM360 per tan metrik kepada RM500 per tan metrik
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman facebook Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Pesawah yang berdaftar menjual padi di kilang-kilang dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
- Pembayaran Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dibuat secara terus oleh agensi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melalui akaun bank pesawah berdaftar
- BERNAS adalah agensi pembayar mewakili kerajaan dalam pengurusan penyaluran subsidi SSHP melalui Sistem Domestik Operation Application (DOA)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda