Terakhir dikemas kini pada 30/10/2024
Kemudahan pembiayaan bagi sektor pernigaan nano/ mikro/ kecil serta golongan bekas banduan, pelatih AADK, JKM, OKU dan PERKESO untuk menceburi bidang perniagaan
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Pembiayaan hutang teroka bagi syarikat pemula teknologi untuk modal kerja/ pembangunan perniagaan/ pertumbuhan
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Pembiayaan hutang teroka untuk syarikat pemula berasaskan teknologi dalam mendapatkan keperluan modal kerja, pembelian aset/peralatan & pembangunan perniagaan
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Geran bersyarat bagi syarikat pemula teknologi yang merangkumi pembangunan & pra-komersialisasi dalam membangunkan dan mengkomersialkan produk mereka
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Skim pembiayaan bagi PMKS Bumiputera termasuk syarikat pemula ("start-up") untuk memulakan perniagaan baharu atau mempelbagaikan perniagaan sedia ada
Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024
Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) adalah sebuah geran padanan yang ditubuhkan sejak Belanjawan 2019 yang bertujuan memperkasa pembiayaan alternatif bagi syarikat pemula & Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui kaedah Equity Crowd Funding (ECF) & Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P).
Objektif dana ini adalah bagi:
Mewujudkan sebuah mekanisma perkongsian awam-swasta untuk pembiayaan modal berisiko
Mencipta saluran yang cekap dan efektif untuk mengagihkan dana Kerajaan kepada PMKS
Menarik pelabur swasta dan mendorong pertumbuhan di pasaran pembiayaan alternatif
MyCIF juga menyediakan Skim Perusahaan Sosial untuk menyediakan peluang untuk melabur bersama dalam Perusahaan Sosial yang diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), melalui kempen P2P.
MyCIF juga menawarkan nisbah pelaburan khas untuk perusahaan dalam sektor strategik yang menyokong agenda pembangunan negara seperti berikut:
Skim MyCIF yang disediakan:
PMKS (ECF) | PMKS (P2P) | Perubahan Sosial (P2P) | Perubahan Sosial (P2P) | Perubahan Sosial (P2P) | |
---|---|---|---|---|---|
Nisbah Pelaburan | 1:4 | 1:4 | 1:1 | 1:2 | 1:2 |
Pelaburan Maksimum | RM 1 juta | RM 1 juta | RM 500,000 | RM 1 juta | RM 1 juta |
Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:4, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM4 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform peserta MyCIF;
Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:2, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM2 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform peserta MyCIF;
Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:1, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM1 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform peserta MyCIF.
Pelaburan bersama MyCIF terbuka untuk semua Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing;
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan skim Asas Tani dan ESG, sila layari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Pelaburan bersama MyCIF terbuka untuk semua Perusahaan Sosial (SE) yang:
Diberikan status Perusahaan Sosial Asas (SE.B) atau Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE.Ac) oleh KUSKOP; dan
Memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing
Syarikat pemula, PMKS dan perusahaan yang berminat untuk menerima pelaburan bersama dari MyCIF harus menghubungi mana-mana platform ECF atau P2P yang mengambil bahagian dalam MyCIF.
Untuk maklumat lanjut berhubung terma dan syarat bagi MyCIF, sila layari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.