SJKP - Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 10/01/2024

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji   

 

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian  

Jenis Pembiayaan  

Pinjaman/Pembiayaan bertempoh  

Tempoh Pembiayaan  

Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Perlindungan  

Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*/LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Kadar Faedah/Keuntungan  

Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

Deposit  

Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan  

 

  • Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga  RM500,000.00  

  

*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance  

*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful  

*LTHO: Long Term House owner’s Takaful  

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 
Telipon

TELEFON

​​+603-2096-5000​

​​[email protected]
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
SPNB - Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah sebuah bantuan subsidi pembelian rumah di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah  bertujuan untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.  Perkara Semenanjung Malaysia Pulau di Semenanjung Malaysia Sabah/Sarawak/ Labuan Konsep Sebuah rumah satu (1) tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air Keluasan rumah 750 kps Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk) 3,000 kps (279 mps) 3,000 kps (279 mps) 3,000 kps (279 mps) Harga RM 75,000 RM 85,000 Bermula dari RM 75,000 Subsidi (pembinaan) RM 20,000  Jumlah pinjaman Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB Anggaran bayaran bulanan Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB Kaedah pembiayaan Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay  Dokumen perjanjian dan sekuriti Firma guaman berdaftar dengan SPNB Pelaksanaan pembinaan Kontraktor Gred G1-G7 Pembekal utama produk Berdaftar dengan SPNB dan CIDB  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi RMR 
Tiada Permohonan Diperlukan
LHDNM - Pengecualian Duti Setem Bagi Pemilikan Rumah Pertama
Pengecualian Duti Setem Bagi Pemilikan Rumah Pertama adalah satu insentif di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi pembeli rumah pertama bertujuan untuk menggalakkan pemilikan rumahDi bawah Program Pemilikan Rumah (Home Ownership Programme - HOPE), pemilikan rumah pertama menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-MILIKI) akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat pindah milik dan perjanjian pinjaman: Pengecualian duti setem 100% diberi bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM500,000; dan Pengecualian duti setem sebanyak 75% diberi bagi pembelian rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1,000,000  Layanan duti setem ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2023Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Siaran Media Pengecualian Duti Setem Bagi Pemilikan Rumah Pertama
Permohonan Dibuka
PERKESO - Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.Sebagai permulaan, skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuat kuasa pada 1 Jun 2017.Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut: Pengangkutan Barangan dan MakananPertanianPenternakanPerhutananPerikananMakananPembuatanPembinaanPenjajaPremis PenginapanPerniagaan OnlineTeknologi MaklumatPemprosesan DataEjenPerkhidmatan ProfessionalPerkhidmatan SokonganKesenianPerkidmatan Isi RumahPenjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan Untuk maklumat lanjut, sila layari  Laman Rasmi SKSPS atau rujuk Risalah SKSPS